Tuesday, 3 September 2013

Jangan di hiraukan para pencela.

Tuesday, 3 September 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap perkara yg kita buat, boleh menjadi perkara dunia dan boleh pula menjadi perkara akhirat. Segalanya tergantung pada niat. Jika pergi kenduri sebab nak makan, maka jadilah urusan dunia, tapi jika pergi kenduri untuk taat pada hadis Nabi yang tekankan kepentingan memenuhi jemputan, maka jadilah ia urusan akhirat. Yang penting, setiap keputusan dan tindakan haruslah herdasarkan kepada ilmu. Maka rugilah mereka yang mengutamakan dunia dari akhirat sebagaimana firman Allah:

Surah Ibrahim, Verse 3:

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.

Lebih-lebih lagi yang rugi adalah orang yang menghalang orang lain dari jalan agama Allah. Bila ada sahabat nak tolong seorang yang masih belum Islam dengan niat dakwah, mereka pula yang menghasut "nak buat apa tolong lebih-lebih, bukan orang Islam pun tu." Padahal bukanlah begitu yang telah ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya.

Maka apakala anda yakin tindakan anda adalah berdasarkan ilmu yang jazam, maka pedulikanlah kata-kata para pencela sebagaimana firman Allah:

Surah Al-Baqara, Verse 150:َ

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (celaan) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails