Friday, 27 September 2013

Husnul Dzon

Friday, 27 September 2013

Kisah fiksyen, tapi inspirated by true story.

Pak Karim dan isterinya tinggal di Kampung Pinang sebatang, di lorong seribu jalan. Pak Karim dikurniakan 6 orang anak. Pak Karim sekarang dah pencen dan duduk di kampung. Anak-anaknya pula cuma yang no 6 tinggal dengan Pak Karim. Yang lain semua telah merantau ke kota. Tapi, walaupun Pak Karim tinggal di desa, Pak Karim tak outdated dengan teknologi. Kat rumah Pak Karim ada unifi... android dan iphone pun tak asing lagi. Pak Karim selalu berhubung dengan anak-anaknya melalui Fesbuk.

Satu hari, Pak Karim tergerak nak buat makan-makan untuk keluarga. Pak Karim pun post kat Fesbuk, "2 minggu lagi ayah nak buat makan-makan. Sapa boleh balik sila beritau."Tapi malangnya lepas seminggu, cuma anak nombor 5 aje yang balas kata nak balik. Yang lain semua tak jawab-jawab. Pak Karim rasa sedih sangat. Terus Pak Karim post kat febuk, "Makan-makan tak jadi, lain tahun kita buat."

Kisah seminggu yang lepas.....

Anak pertama Pak Karim, Dolah namanya. Dolah ni, Allah uji dia dengan rezeki yang tak seberapa. Kerja sebagai operator kat kilang, dengan anak lima orang (bini satu aje), gaji setiap bulan tak pernah nak cukup. Tapi Dolah selalu curi-curi pakai fesbuk kat kilangnya. Bila dapat mesej Pak Karim, Dolah gembira sangat. Teruja sangat nak balik. Tapi bila fikir-fikirkan duit tak cukup, kata Dolah dalam hati, nanti-nantilah jawab. Mana tahu Allah bagi rezeki terpijak. Mudah-mudahan dapatlah aku balik. Lepas seminggu, memang rezeki Dolah. Ada orang pusat zakat suruh pergi pejabat amik duit. Huu.. seronok sangat Dolah. Masa rehat tengahari, Dolah curi-curi buka PC kat kilang. Dolah ingat nak bagitau Pak Karim yang dia nak balik. Tapi alih-alih... la dah kensel pulak.

Anak kedua Pak Karim, Lina namanya. Lina ni kerja sebagai doktor. Baru start kerja, tengah buat housemanship, kerja siang malam. Masa dapat mesej Pak Karim, baru aje Lina nak jawab, dah kena panggil dengan doktor senior. Lepas tu terus sibuk dengan pesakit. Balik rumah pun dah penat sangat terus tertidur. Memang lumrah doktor tengah buat housemanship, hidup cuma hospital dan balik rumah untuk tidur aje. Tiba-tiba sekali tu Lina teringat mesej fesbuk Pak Karim. Lina pun bukak Samsung Galaxy dia, ingat nak balas. Tengok- tengok ada mesej baru, Pak Karim kata tak jadi pulak. Aduss... baru nak balas, kata Lina di dalam hati.

Anak ketiga Pak Karim pulak Azhar namanya. Azhar ni Allah bagi rezeki kaya sikit. Tapi Azhar buat bisness machining. 2 ~ 3 minggu ni job banyak, pekerja pulak banyak yang berhenti. Terpaksalah Azhar turun padang buat kerja sendiri. Dah beberapa minggu Azhar kerja dari pagi ke malam, 7 hari seminggu. Congak-congak dalam 2 minggu lagi siaplah job ni. Boleh aku tidur panjang sikit, redakan tidur yang dah tak cukup saban hari. Sekali Azhar perasaan kat android dia ada mesej Pak Karim. Azhar rasa seronok sangat dan teruja sangat nak balik kampung. Dah lama betul Azhar tak balik kampung. Anak-anak Azhar pun dah lama tak jumpa atuknya. Tapi masa Pak Karim nak buat makan-makan tulah job Azhar dijangka selesai. Nak terus balik kampung tanpa rehat, takut accident pulak. Azhar pun bertekad nak buat kerja lebih banyak setiap hari, supaya job dapat habis awal. Jadi dapatlah Azhar rehat sikit sebelum hari balik kampung. Setiap hari Azhar bertungkus-lumus buat kerja. Lepas seminggu, job Azhar pun selesai. Azhar gembira sangat. Dia pun capai androidnye nak balas mesej Pak Karim, tapi ehh... dah kensel pulak...

Anak keempat Pak Karim namanya Danial. Danial kerja kilang Mat Salleh. Tapi dia bukan buat operation, dia buat marketing. Gaji Danial taklah teruk macam Dolah. Tapi sebab selalu outstation, selalunya cukup-cukup makanlah juga. Bulan depan baru boleh claim. Sebab Danial buat marketing, sibuklah dia outstation ke sana ke mari. Bulan ni, boss suruh Danial pergi US. Aduss... tak cukup bajet aku bulan ni. Tiba-tiba Danial perasaan ada mesej Pak Karim. Danial seronok sangat nak balik, tapi kalau kena pergi US, tak cukup ongkos aku ni. Lagipun, kereta Danial sejak kebelakangan ni selalu buat hal. Nak repair takut bajet lari pulak. Boss pulak suruh pergi US.Danial kata dalam hati, "nanti-nantilah dulu,  mana tahu boss kata tak payah pergi US. Boleh aku pakai duit tu untuk repair kereta dan buat belanja balik kampung." Ngam-ngam seminggu, betul-betul boss Danial kata tak payah pergi US. Danial happy sangat. Terus capai Sony Xperia nak balas mesej Pak Karim. Tapi alih-alih... la dah kensel pulak...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails