Wednesday, 25 September 2013

Gangguan Jin / Sihir: Ikhtiar Rawatan Jarak Jauh

Wednesday, 25 September 2013

Sebaiknya ialah rawatan berdepan. Tapi adakalanya rawatan berdepan tak dapat dilakukan. Contohnya:

  • Di dalam kes-kes sihir pemisah, pasangan tak mahu pergi berubat.
  • Anak yang sedang belajar jauh di perantauan.
  • Keluarga pesakit trauma dan tidak membenarkan sesiapa pun datang melawat, apatah lagi merawat.

Dalam hal-hal sebegini, ikhtiar perlulah di lakukan juga secara rawatan dari jarak jauh. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah seperti berikut:

  1. Sediakan air masak secawan.
  2. Solat hajat 2 rakaat.
  3. Usai solat, Istigfar 3x, Syahadah 1x, Selawat3x
  4. Bacalah HasbunALLAHiwa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mannasir. La haulawala quwwata illa BILLAH.
  5. Nafikan kewujudan, apatah lagi kemampuan diri dengan kalimah La Hayyun, La 'alimun, La Qadirun, La Muridun, La Samiun, La Basirun, La Mutakkalimun Bil Haqqi ILLALLAH
  6. Ta'awuz, Bismillah
  7. Doa. Contohnya: Ya ALLAH, wahai Rab yang Maha Esa, zat yang Maha Wujud lagi Maujud, berkahilah si polan bin si polan dengan kalimah-kalimah yang akan di bacakan ini. Dengan rahmatMu, kurniakanlah kepadanya kesempurnaan kesembuhan serta kesihatan dari sisiMu. Wahai pembela kami, tawarkanlah, rungkaikanlah, matikanlah serta singkirkanlah akan segala kejahatan dan kebatilan yang menganggu dirinya. Amin
  8. Kemudian bacalah apa-apa ruqyah yang relevan dengan masalah yang di hadapi.
  9. Usai membaca ruqyah, tiup ke dalam air di dalam cawan.
  10. Niat di dalam hati: Ya Allah, sampaikanlah segala doa yang telah dibacakan kepada si polan bin si polan, sebagaimana air ini meresap ke dalam jasadku.
  11. Baca Bismillah dan minum air tadi.

Perhatian: Di dalam kes-kes sihir, serang balas mungkin sahaja berlaku. Maka sebagai ikhtiar, perkemaskanlah benteng diri.

Sekian, semoga bermanfaat.


3 comments:

Mohd Fauzi said...

Mohon jjazah tuan

Mohd Fauzi said...

Mohon jjazah tuan

Mohammad Ezri said...

Mohon digunakan terima kasih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails