Monday, 2 September 2013

Bagaimana Jin Merasuk?

Monday, 2 September 2013
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Ada sahabat yang bertanya, bagaimana mekanisma jin merasuk manusia? Aku diam tak menjawab. Sebab yang pertama ialah, sebenarnya aku pun tak tahu secara pasti. Dan sebab yang kedua pula, sebenarnya aku tak berapa gemar nak bincang topik-topik begini melainkan dengan para muallij. Topik yang dibincangkan ini adalah topik yang tak dapat nak dihuraikan secara terperinci dengan nas-nas Quran mahupun hadis, dan tidak dapat pula nak dibuktikan secara empirikal. Berbincang perkara sebegini dengan yang bukan ahlinya, cuma akan menambah perdebatan tanpa apa-apa hasil yang bermanfaat.

Tapi berlainan bagi para muallij, Insya Allah dapat memahami apa yang nak disampaikan berdasarkan pengalaman mereka di dalam ikhtiar rawatan. Dan Insya Allah dapat pula menambah-baik idea-idea yang diberikan, sebagai ikhtiar untuk memantapkan ikhtiar rawatan masing-masing. Jadinya aku tulislah jugak.....

Maka bagi masyarakat umum adalah diingatkan bahawa apa-apa yang ditulis di bawah ini, adalah dongeng tahap gaban dan anda tidak sekali-kali digalakan untuk mempercayainya, apatah lagi untuk membincangkannya.

Adapun kerasukan yang disebabkan oleh jin itu adalah boleh dibahagikan kepada 3 kategori:
  1. Kerasukan penuh: iaitu apabila seluruh pergerakan dan percakapan pesakit dikawal oleh jin sepenuhnya, dan pesakit langsung tidak sedar apa yang berlaku.
  2. Kerasukan separa: iaitu apabila seluruh pergerakan dan percakapan pesakit dikawal oleh jin sepenuhnya, tetapi pesakit masih sedar apa yang berlaku. Cuma ia (pesakit) tidak mampu mengawal pergerakan dan percakapannya.
  3. Kerasukan berjuzuk: Jin hanya mampu mengawal beberapa bahagian tubuh pesakit. Contohnya, menggerakkan kakinya atau tangannya.
Adapun diri manusia itu bolehlah diibaratkan seperti sebuah kapalterbang. Siapa yang menguasai cockpit, dialah yang akan menentukan corak dan arah tuju penerbangan. Dan otak manusia yang bertempat di ubun-ubun itulah merupakan cockpit yang menjadi rebutan antara nafs pesakit dan jin-jin penceroboh. Apakala cockpit telah dikuasai oleh penceroboh (jin), dan pilot serta co-pilot (nafs pesakit) telah pun dicampak keluar, maka berlakulah kerasukan penuh.

Adapun, untuk menguasai cockpit, tiadalah perlu untuk penceroboh berada di dalam cockpit pada sepanjang masa. Bagi penceroboh berteknologi tinggi, boleh sahaja mereka masuk, mencampakkan pilot serta co-pilot keluar, dan setelah itu menginstall control device yang membolehkan mereka mengawal kapal terbang tersebut secara remote. Apabila berlaku kawalan secara remote control, maka tentulah ada receiver, transmitter atau joystick, connecting cable dan software program dan juga voice instruction. Maka ketahuilah di dalam bahasa rawatan, teknologi yang tersebut adalah dikenali sebagai:
  • receiver: barang sihir di dalam ubun-ubun pesakit
  • transmitter / joystick: barang sihir di tangan penyihir
  • connecting cable: buhul sihir
  • program software: ilmu sihir
  • voice instruction: mantera sihir
Apabila sistem remote control telah disetup, maka boleh saja penceroboh duduk di luar cockpit, ataupun boleh saja ia berada diluar kapal terbang tersebut. Maka tiadalah perlu jin penceroboh berada di ubun-ubun pesakit. Boleh saja ia tinggal di tangan, kaki, perut bahkan di luar pesakit sahaja. Dengan itu sahabat-sahabat sekalian, inginlah saya menegaskan bahawa tiadalah apa-apa yang "mistik" pada ilmu sihir itu, hanyalah satu teknologi yang ditakuti kerana tidak fahami mekanismanya sahaja.

Adapun, apabila cockpit telah dikuasai, tetapi pilot hanya diikat di dalam cockpit, maka terjadilah kerasukan separa. Yang mana pilot tidak mampu mengawal kapal terbangnya, tetapi ia sangat-sangat menyedari apa yang berlaku. Terkadang berlaku pilot dapat melepaskan diri dari ikatan. Maka terjadilah pergelutan di antara pilot dan penceroboah. Di situlah yang kita lihat, terkadang jasad dikuasai jin, terkadang dikuasai pula oleh pesakit. Aku pernah berdepan satu kes, jasad pesakit dikuasai oleh pesakit, jin sihir dan jin saka berganti-ganti.

Adapun apabila jin tidak sampai ke ubun-ubun, dan hanya kepada anggota-anggota tertentu, maka berlakulah kerasukan berjuzuk pada anggota-anggota tertentu. Inilah yang selalu dimanfaatkan oleh muallij di dalam kaedah gantung tangan, 1881 dan lain-lain.

Apabila penceroboh menguasai cockpit, ada antara mereka yang tidak berapa pandai menerbangkan kapal terbang. Tetapi ada pula penceroboh komando yang terlatih dan boleh menerbangkan kapal terbang dengan begitu cekap sekali. Maka oleh kerana itulah kita dapati kadang-kala ada pesakit kerasukan yang cuma bercakap-cakap sahaja. Sedangkan ada sesetengah pesakit yang merasuk siap terus bersilat. Dan oleh kerana itulah pendapat beberapa muallij, adalah seboleh-bolehnya berusaha untuk mengelakan kerasukan semasa rawatan. Kerana semakin lama penceroboh mendapat peluang menyentuh alat-alat di dalam cockpit, semakin mahirlah mereka di dalam menggunakannya. Aku pun pernah juga berdepan dengan kes begini. Mula-mula bila diarahkan jin bercakap dengan lisan pesakit, dia tergagap-gagap. Bila dah lama sikit, makin cekap dan dah tak nak berhenti cakap pulak... hu hu hu...

Sebenarnya kalau diberi pilihan, aku pun tak berapa suka merawat dalam keadaan pesakit merasuk. Cumanya, kalau jin tak bercakap dengan lisan pesakit, kadang-kadang susah sikit nak dakwahkan atau nego... Maka begitulah tugas seorang muallij, tiadalah lebih ianya melainkan hanyalah seorang pendoa, da'i dan juga negotiatior. Tiadalah daya bagi muallij untuk memberi kesembuhan melainkan adalah ia milikNYA semata-mata. La hayyun, La 'alimun, La qadirun, La muridun, La basirun, La sami'un La mutakallimun bil haqqi iLLALLAH.

Sekianlah cerita dongeng untuk hari ini. Amik kau... sapa suruh engineer jadi perawat...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails