Monday, 12 August 2013

Penipuan Jin di Dalam Rawatan Gangguan Makhluk Halus

Monday, 12 August 2013

Bismillahirrahmanirrahim,

Peringatan kepada diriku yang mudah lupa.

Selalu manusia ingat mereka dah menang, tapi sebenarnya hanya tertipu 

Penipuan di alam nyata.

Jin akan menyebutkan nama-nama orang-orang yang konon-kononnya menghantar mereka untuk kerja-kerja sihir. Kadang-kadang mereka menyebutkannya sambil menangis-nangis, konon-kononnya terpaksa pecah rahsia kerana takut dibunuh perawat, sedangkan sebenarnya depa dok berlakon aje tu. Yang keluarga pesakit pula, oleh kerana dah terlampau trauma, terus ambik apa yang disebut oleh jin sebagai fakta. Maka berlakulah permusuhan di dalam keluarga dek fitnah oleh jin-jin tadi.


Penipuan di alam Vision

Bagi yang merawat dengan kaedah kembara batin, jin akan membuat cerita seolah-olah perawat telah menang dan jin-jin telah hancur semuanya. Sedangkan ini semua hanyalah wayang aje. Perawat merasa gembira kerana ingatkan telah berjaya memushahkan musuh, tapi pada hakikatnya simpton-simpton gangguan pada pesakit tidak pun hilang.

Makanya, apabila merawat dengan kaedah kembara batin, yang patut dijadikan ukuran adalah samada pesakit telah sembuh atau tidak. Bukannya syok sendiri di alam kembara batin.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails