Wednesday, 7 August 2013

Memahami Alam-alam Konfrontasi Dengan Makhluk Jin

Wednesday, 7 August 2013
Amaran: Ini semua mungkin hanya cerita karut sahaja.

Manusia dan jin, 2 makhluk yang hidup di tempat yang sama, tapi dalam alam yang berbeza. Namun masih terdapat konfrontasi antara 2 makhluk ini, di dalam beberapa alam yang berbeza.


1. Di dalam diri manusia
Konfrontasi berlaku di dalam diri manusia, ialah apabila jin mengubah bentuk dan menceroboh jasad manusia. Tapi perlu diingat, jin tak selalunya perlu menceroboh jasad manusia untuk menganggunya. Boleh saja ia hanya menyerang dari luar dengan menembakan racun mahupun senjata mereka dari luar, mahupun melalui kabel (buhul sihir) yang telah ditanam ke jasad manusia.

Jasad adalah kubu manusia, maka apabila jasad diceroboh serupalah dengan sebuah kubu yang telah dimasuki musuh. Maka apabila kubu telah diceroboh, perlulah peperangan oleh tentera di dalam diri, dan bantuan dari pihak luar dilakukan. Peperangan oleh tentera di dalam diri itulah amalan-amalan yang dilakukan oleh pesakit, manakala bantuan pihak luar itulah pula serangan ruqyah, mandian garam, limau dan sebagainya yang dilakukan dari luar jasad.

2. Di alam manusia
Ialah apabila jin menceroboh alam manusia samada di dalam bentuk ghaib, ataupun dengan mengubah bentuk kepada makhluk fizikal. Jarang jin mampu membuat kerosakan yang drastik di alam manusia selagi mana ia tidak mampu menceroboh jasad manusia. Jin amat lemah di alam manusia hingga seringkali untuk menceroboh ke dalam rumah yang dipenuhi dengan nur, terpaksalah ia mengubah bentuk kepada alam haiwan dan sebagainya untuk menahan keterikan nur tersebut. Malangnya di dalam bentuk haiwan, matilah ia sekiranya ia dibunuh oleh manusia di dalam bentuk tersebut.

3. Di alam mimpi
Alam mimpi bukanlah alam jin. Tetapi alam mimpi adalah interface yang menghubungkan alam manusia dengan alam ghaib, termasuklah alam jin. Serupalah macam kita tengok TV. Kita dok sedap-sedap kat Malaysia, tapi kita boleh lihat apa yang berlaku di Syria. Kekurangan alam mimpi ialah, apa-apa yang dapat dilihat adalah di dalam bentuk snapshot yang tidak lengkap. Serupalah macam kita tengok TV, kita cuma boleh tengok apa yang diambil oleh kamera. Sedangkan yang terkeluar dari skop penglihatan kamera itu tidaklah dapat kita gapai.

The best thing is, ada kaedah yang membolehkan kita menarik jin ke dalam alam mimpi. Serupa macam masa boboboi ditarik masuk ke dalam video game dan terpaksa bertarung dengan Adudu... Begitulah juga kita diberikan keupayaan oleh Allah untuk menarik jin pengganggu masuk ke dalam mimpi kita, dan memusnahkan mereka di dalam mimpi kita. Inilah kaedah yang dipelopori oleh Sheikh Abdul Raof Ben Halima.

4. Alam Mukasyafah (Vision)
Alam ini hampir sama dengan alam mimpi. Ia hanyalah merupakan interface yang menghubungkan alam manusia dengan alam jin. Bezanya ialah untuk mengakses alam ini, tidak memerlukan manusia tersebut untuk tidur. Pertempuran dengan jin pengganggu boleh berlaku di dalam alam ini. Malangnya sama seperti mimpi, cerapan di alam ini juga adalah berbentuk snapshot dan tidak lengkap. Di sinilah kaedah Teknik Kembara Dan Rawat yang sering digunakan oleh perawat-perawat Akrine berlaku.

5. Alam jin
Pertempuran di alam jin, ialah bilamana seorang manusia pula menceroboh ke alam jin. Ini dilakukan dengan kaedah terawangan, di mana sebahagian jiwa manusia berpisah dari jasadnya dan mengembara di alam jin. Pertempuran di alam ini amat effektif untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Namun risikonya amatlah tinggi. Tiadalah digunakan melainkan oleh guru-guru yang benar-benar arif.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails