Wednesday, 21 August 2013

Kenapa Mesti Menurut Fitrah?

Wednesday, 21 August 2013

Alat ini namanya metronom. Ianya digunakan oleh ahli-ahli muzik untuk menetapkan tempo. Muzik yang dimainkan akan berpandukan tempo dari alat ini. Kalau muzik tak dimainkan mengikut tempo, maka tak sedaplah muzik tersebut. Hilanglah keindahannya. Tiadalah lagi ia memberi ketenangan kepada pendengarnya, bahkan makin menambah sengsara...

Begitulah juga hidup kita ni, telah ditetapkan tempo oleh Allah Penguasa alam semesta. Maka tempo yang ditetapkan itulah yang kita namakan fitrah. Beriman kepada Allah itu fitrah. Solat itu fitrah. Bermurah hati itu fitrah. Berlapang dada itu fitrah. Berkahwin itu fitrah. Berlaku baik pada ibu bapa itu fitrah. Berzakat itu fitrah. Bangun malam di dalam tahajjud itu fitrah. Berpuasa di bulan Ramadan itu fitrah. Menghadiri majlis ilmu itu fitrah. Dan berbagai-bagai perkara lagi. Maka apabila muzik hidup ini dimainkan mengikut tempo yang ditetapkan, maka jadilah kehidupan itu sesuatu yang indah lagi menenangkan.

Tidak beriman itu melawan fitrah. Tidak solat itu melawan fitrah. Kedekut itu melawan fitrah. Dendam itu melawan fitrah. Zina itu melawan fitrah. LGBT itu melawan fitrah. Berlaku kasar pada ibu bapa itu melawan fitrah. Tidak menghadiri majlis ilmu itu melawan fitrah. Dan berbagai-bagai perkara lagi. Maka apabila hidup di lakukan dengan melawan fitrah, maka samalah ia dengan muzik yang dimainkan tanpa mengikut tempo. Punah ranah, hancur binasalah jadinya...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails