Sunday, 4 August 2013

Boikot Barangan Yahudi & Perang Tersembunyi di Tanah Air

Sunday, 4 August 2013

Bismillahirrahmanirrahim,

Setiap kali Gaza diserang, setiap kali itulah kita akan dengar seruan memboikot barangan yahudi. Diperhatikan sikap umat Islam terhadap kempen sebegini ada 3 golongan:

  • Ada yang memboikot barangan Yahudi yang dia tahu, dan terus memboikot barang yahudi sehingga selagi nyawa di kandung badan.
  • Ada yang memboikot barangan Yahudi sekejap, lepas tu tak tahanlah... balik asal.
  • Ada yang terus tak ambik kisah..

Antara alasan golongan kedua & ketiga ialah, nak buat apa susah payah boikot barang yahudi. Dah berpuluh tahun kita dok boikot, tapi tak jadi apa pun. Kita ni consumer yang kecil jumlahnya... buat apa susah kan diri.

Tentang perkara ni, ada satu kisah Israiliyyat yang agak menarik yang boleh dijadikan iktibar. Kononnya semasa raja namrud menyalakan api untuk membakar Nabi Ibrahim 'alaihisalam, ada seekor burung kecil yang bersungguh-sungguh mengambil air dari paruhnya untuk memadamkan api yang dinyalakan itu. Buruk kecil ni habis digelakkan oleh burung-burung lain yang lebih besar, sebab tak mungkin api yang begitu besar boleh dipadamkan dengan curahan-curahan air yang begitu sedikit. Then burung kecil tu kata: "Allah tak akan tanya api padam tak dengan usaha aku ni, tapi Allah mesti tanya apa yang aku dah buat untuk tolong Nabi Ibrahim 'alaihissallam."

Begitulah kawan-kawan, kita boikot barang yahudi bukan kerana kesannya, tapi kerana feelingnya. Kurang-kurang besok, bolehlah juga dijadikan alasan depan Allah.

Jadi, kalau boikot-memboikot ni dah tak beri kesan, apa lagi yang boleh kita buat? 

Cuba peratikan ye, kat Gaza anak-anak kecil mati dibom, kat Malaysia bayi-bayi mati dibuang dalam tong sampah. Kat sana askar yahudi mencabul, mencarik maruah wanita Islam. Kat Malaysia, para muslimah sukarela mendedahkan aurat dan bergaul bebas sana sini. Kita dok boikot barangan yahudi, tapi kita tak boikot cara hidup yahudi. Maka kalau benar niat kita nak bantu saudara-saudara kita di Gaza, kalau benar ada iman di dalam hati, buktikanlah dengan kita boikot cara hidup yahudi. Amalkan semula cara hidup Islam SECARA KESELURUHAN. Jangan sampai mulut berdegar-degar mengutuk yahudi, tapi solat 5 waktu masih belum dipenuhi, rokok keluaran yahudi masih lagi dibeli, aurat pula masih tidak dibaluti, masjid-masjid pula masih lagi tidak disinggahi... 

Bersama kita kembali kepada Islam yang sebenarnya. Semoga satu hari nanti kita boleh berkata, Kullu Mithlana....... Sebagaimana kata Tariq Bin Ziyad di Sepanyol, sebagaimana kata Muhammad Qasim tanah Hindustan...

Apa yang aku tulis ni, ialah respon kepada sebuah artikel di dalam majalah solusi isu ke-51. Mukasurat 36 pada bahagian beduk diketuk dengan tajuk "Liberalisme yang Dijajah Minda dan Jiwa." Aku suka artikel ni, tapi aku rasa ianya ditulis dengan sedikit terlalu ilmiah. Maka aku tulislah balik intipati artikel ni dalam bahasa yang sedikit lebih mudah. Semoga menarik minat anak-anak muda untuk membacanya. Semoga diterima oleh Allah sebagai sedikit usaha aku menuang air dengan paruh aku yang kecik ni...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails