Tuesday, 20 August 2013

Bagaimana Melepaskan Kerasukan?

Tuesday, 20 August 2013

Bismillahirrahmanirrahim,

Bila kita buat rawatan, kadang-kadang pesakit akan kerasukan. Tapi kerasukan sebegini tak mengapa, sebab biasanya pesakit mudah untuk disedarkan. Yang aku tak larat ialah pesakit yang dari awal lagi dah kerasukan dalam jangkamasa yang panjang. Beberapa kali aku berdepan pesakit yang dah memang kerasukan lebih dari sehari. Kadang-kadang bila pesakit kuat, dia sedar sekejap dalam 1~2 minit, lepas tu kena control balik dengan makhluk pengganggu. Dalam kes-kes sebegini, teknik tidur ke, bius ke, pun selalunya tak menjadi. Kenapa agaknya? Sebenarnya aku pun tak tahu, tapi aku ada beberapa teori yang mungkin boleh menerangkannya.

Sebab yang pertama ialah jin tu memang tengah kuat la... Buat apa pun dia bertahan. Suruh tidur pun tak nak tidur. Di samping tu, jin yang mengganggu kadang-kadang lebih dari seekor. Jadi bolehla depa kerja by shift. Jadi kita nampak seolah-olahnya jin tu merasuk sepanjang masa la...

Lagi satu sebab, kita selalu dok ingat jin yang merasuk mesti ada kat ubun-ubun. Sebenarnya tak perlu pun. Sekarang zaman ICT beb, depa tembak je transmitter kat ubun-ubun, lepas tu depa dok kacau pakai remote control je. Penat dok ruqyah ubun-ubun pesakit, tak ada kesan pun. Iyolah, tukang kacau bukan duduk kat ubun-ubun pun, silap-silap bukan dalam badan pesakit pun... 

Biasa bila kita rawat kes sihir, tiba-tiba tukang sihir jurus kita balik. Tapi teknik jurus tukang sihir tu jelas terbayang pada pergerakan pesakit. Apasal perkara cam tu boleh berlaku walaupun tukang sihir tu bukan dalam badan pesakit. Mestilah sebab dia dah cucuk kabel kat kepala pesakit, then control dengan joystick atau remote control dari jauh je. Pernah sekali aku ikhtiar potong ikatan sihir untuk lepaskan jin yang teraniaya, at the same time jelas kelihatan pesakit sedang buat pergerakan ikat balik. On the spot aku potong, on the spot tukang sihir ikat balik. Pergerakan tukang sihir jelas kelihatan pada diri pesakit.

Sama juga pernah sekali aku mohon Allah batalkan sihir untuk lepaskan jin-jin yang terikat. Bila start ruqyah, sekonyong-konyong jin yang tadi nampaknya berkerjasama tiba-tiba repair shield dan jurus aku balik. Confirm cockpit dah kena hijack dek tukang sihir sebab tak nak jin-jin yang dizalimi terlepas.

Bottomline, aku masih tak tau macamana nak lepaskan orang yang dah kerasukan tahap gaban. Sesiapa ada tips, kongsi-kongsilah sikit...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails