Tuesday, 9 July 2013

Gangguan Makhluk Halus: Small Things That Matters

Tuesday, 9 July 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini sekadar peringatan buat diri aku sendiri aje.

Apakala seseorang mengalami gangguan jin atau sihir, maka sebagaimana setiap maksiat besar atau kecil akan menjadi sumber kekuatan bagi syaitan yang mengganggu anda, maka begitulah juga setiap ketaatan tidak kira kecil atau besar akan menjadi kekuatan bagi anda. Di bawah adalah beberapa maksiat kecil-kecil dan ketaatan yang selalu kita terlepas pandang. Bagi mereka yang sedang diuji dengan gangguan makhluk halus ataupun sihir, adalah sangat penting untuk anda memerhatikan perkara-perkara di bawah:

A. Maksiat-maksiat yang selalu kita terlepas pandang

  1. Minum dengan tangan kiri: terlalu kerap diperhatikan masa makan elok aje tangan kanan, bila nak minum tiba-tiba guna tangan kiri. Minum tangan kiri adalah ruang sangat besar untuk syaitan masuk ke dalam badan. Jijik sangat ke nak pegang cawan dengan tangan kanan yang dah kena lauk. Rasullullah  ajar kita untuk jilat jari yang dah kena lauk. Lepas tu peganglah cawan tu dengan tangan kanan. Kalau tak mampu jugak lagi, sediakanlah satu mangkuk air basuh tangan. Sebelum pegang cawan, basuh tangan kanan dan lepas tu peganglah cawan tu dengan tangan kanan. Don't ever use left hand for drinking (or eating). Syaitan-syaitan sedang menuggu aje untuk masuk ke dalam diri anda.
  2. Makan tak baca Bismillah : Lapar punye pasal, Bismilllah ke mana, Alhamdullilllah ke mana... Aku tengah nak berlatih makan dengan Bismillah pada setiap suapan ni... tapi setakat ni masih fail lagi.... he he he...
  3. Melihat aurat wanita yang bukan mahram di televisyen: contohnya aurat pembaca berita, pelakon iklan syampu, pelakon drama.....penyiasat CSI... hu hu hu... terlalu amat penting untuk pesakit gangguan makhluk halus mengelakan diri dari menonton TV. Kalau kat luar sah-sah kita tak nak tengok aurat wanita yang bukan mahram, tapi kat TV rilek je la pulak kita nengok kan... isk isk isk...  Mentang-mentanglah yang dalam TV tu tak perasaan kita tengah nengok dia.
  4. Melayan feeling dengan lagu-lagu: Aku tak nak cakap pasal hukum, tapi dari pengalaman peribadi dengan lagu Maher Zain pun benteng rumah boleh pecah. Apatah lagi kalau Lady Gaga..... hu hu hu...
  5. Meremehkan sunnah masuk tandas. Tak baca doa, tak tutup kepala, tak pakai alas kaki dsb. Ada orang kata jamban rumah aku bersih, tak payah pakai alas kaki. Halo bro, ni bukan pasal kotor tak kotor, ni pasal taat pada perintah Allah dan Rasulnya. Iblis pun dulu tak nak sujud pada Adam 'alaihissalam, pasal dia kata dia lagi mulia. Tapi dia lupa, this is not a matter of who is more noble, this is a matter of are you obedient to Allah and His Apostle or not?
  6. Meremehkan sunnah tidur: Tak ambil wuduk, tak baca dan sapu badan dengan 3 QUL. Cakap senang, cuba buat tengok. Nak ambik wuduk sebelum tidur pun gila mujahadah tau....
  7. Meremehkan memotong kuku dan bulu ari-ari... (Janggut kat dagu takpe...)
  8. Meremehkan membaca Bismillah ketika membuka pakaian: Kalau ikut yang aku belajar, buka baju kena baca Bismillahilladzi Laillahaillahu... Tapi baca Bismillah pun bolehlah juga. Jika tidak, aurat anda akan menjadi santapan makhluk jin. Kena ada yang syok kat anda, nahas.. Jangan ingat perut dah boroi tak ada yang nak syok kat korang.
  9. Meremehkan sunnah masuk rumah: tak bagi salam, tak baca Bismillah. Maka berduyun-duyunlah syaitan pun masuk rumah sama-sama. Tak cukup amal sendiri aje. Ajar semua anak isteri untuk buat perkara yang sama.
  10. Melambat-lambatkan solat walaupun tiada keperluan: Dah azan tu terus amik wuduk dan solatlah.. nak buat apa tunda-tunda lagi. Setiap saat yang ditunda memberi kekuatan kepada syaitan.
  11. Banyak makan... sebab banyak makan memberatkan perut. Berat perut, maka beratlah mata. Berat mata, maka kuranglah amal ibadat.
  12. Mengular masa kerja, bagi mereka yang bekerja dengan orang lain: Aku perati hari-hari yang aku tak bekerja dengan peak performance, aku akan rasa penat bila nak beribadat di malam hari... hu hu hu... Jangan majikan aku minta compensation kat akhirat besok udah... 
  13. Tidak memutuskan diri anda dengan syirik: Berapa ramai orang Islam yang solat 5 waktu tapi masih lagi pakai tangkal yang nenek dia bagi. Seolah-olah tak salah pulak pakai tangkal tu. Ketahuilah bahawa tangkal tu haram lagi syirik. Gugur semua pahala amalan dengan dosa syirik ni. Carilah dalilnya sendiri dalam internet. Berlambak ada tu...

B. Ketaatan-ketaatan yang selalu kita terlepas pandang

  1. Solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid sekurang-kurangnya bagi orang lelaki. Kepada para-para bapa, suami dan adik-beradik lelaki, sekiranya di rumah anda ada ahli keluarga wanita yang menghadapi gangguan makhluk halus, ketahuilah bahawa setiap kali anda pergi berjemaah ke masjid, bahawa sesungguhnya anda telah membantu pesakit dengan membawa balik rahmat ke dalam rumah. 
  2. Membaca surah As-Sajdah & Al-Mulk setiap malam.
  3. Menghidupkan taklim di rumah. Ada satu ketika aku selalu terperasaan ada jin-jin yang tak selesa setiap kali majlis taklim nak dimulakan. Wallahu'alam.
  4. Mendengar Al-Quran: Mendengar orang lain baca Quran dan baca Quran sendiri adalah 2 perkara berbeza tau. Perasaan tak korang, kadang-kadang bila jalan-jalan kat supermarket, tiba-tiba supermarket tu pasang lagu Kosong, kosong... sampai ke malam lagu kosong, kosong bermain-main dalam minda anda tanpa anda dapat control. Ketahuilah bahawa yang bernyani kosong-kosong dalam minda anda itu bukanlah Najwa Latiff, tapi adalah syaitan. Maka amatlah penting untuk anda mematikan alunan-alunan syaitan yang sedang berkaraoke di dalam minda anda dengan mendengar alunan Quran pulak. Antara cara yang mudah ialah, pasang alunan Quran kat VCD player anda bermula dari masuk Mahgrib hinggalah anda bangun esok pagi. Volume tu pandai-pandai lah adjust... Tak kan tu pun nak ajar...
  5. Benteng anak-anak anda dengan doa sebelum mereka tidur, dan tiuplah ubun-ubun mereka. Contoh doa: A'uzubikalimattilahittammah Wamin Kulli Syaitanni wa hammah, wa min kulli 'ainin lammah... Alah korang carilah yang bahasa Arabnya kat internet. Berlambak ada............. Ni doa Rasullullah  pada cucu-cucu baginda. Dulu aku pakai macam-macam doa lain. Tapi sekarang aku pakai doa ni, sebab Rasulullullah pun pakai doa ni. So surelah ni jampi yang paling mantap...
  6. Solat tahajjud walau 2 rakaat: Walaupun 2 rakaat aje kesannya besar tau. 2 rakaat di 2/3 malam selepas tidur, takkan sama walaupun dengan 12 rakaat sebelum tidur. Buktinya, berapa ramai orang boleh solat terawih tiap-tiap malam tapi tak larat nak bangun tahajjud. Bangun 2/3 malam sekadar makan sahur, lepas tu tidur balik. Semoga Allah jadikan kita dari golongan yang boleh istiqamah bangun tahajjud.

Wallahu'alam.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails