Thursday, 25 July 2013

Bagaimana Membeli Syurga Dengan 5 sen?

Thursday, 25 July 2013
Bismillahirrahmanirrahim.

Di sebuah malam yang dingin sebab baru lepas hujan lebat, anda sedang beratur untuk membeli barang di sebuah kedai serbanika (orang mat salleh panggil convenient shop). Di hadapan anda ada seorang tua yang selebet (selekeh) sedang membeli setin air kopi. Selepas adik cashier scan harga kopi tin tersebut, terkial-kial orang tua itu mengeluarkan duit untuk membayar. Laa... dia keluarkan semua duit syilling pulak tu. Sekali tengok-tengok, tak cukup 5 sen da... Kebetulan anda ada sekeping duit 5 sen dalam wallet. Anda pun kata kat adik cashier tu, "Dik, ni ada 5sen. Pakcik tambah." Orang tua tadi pun pergi dengan gembiranya bersama-sama dengan setin air kopi panas di suatu malam yang sejuk. Anda pula terus lupa tentang perkara itu selepas itu.

TAPI KETAHUILAH, SILAP-SILAP 5 SEN ITULAH HARGA SYURGA YANG BAKAL ANDA TERIMA PADA SUATU HARI NANTI.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails