Wednesday, 19 June 2013

Merawat Kepenatan Dengan Medisen

Wednesday, 19 June 2013

Sudah dekat seminggu dua aku rasa penat sangat. Awal-awalnya memang ada beberapa hari yang aku tak cukup tidur. Tapi lepas tu, dah dapat balik rutin tidur yang biasa pun penat masih tak hilang lagi. Yang paling teruk hari Ahad dan Isnin lepas. Sejurus lepas solat Mahgrib aku terus tertidur. Solat Isyak pun dengan penuh mujahadah lepas dikejutkan zaujah. Ada aku ikhtiarkan dengan mandi aromatheraphy ais, tapi nampaknya tak ada kesan.

Petang semalam teringat nak buat medisen (Merawat Diri Sendiri). Memang aku mengaku, lepas dapat ijazah medisen dari Tuan Guru Ustaz Abdul Majid tempohari, memang aku culas nak buat. Tergerak semalam nak buat. Dan hasilnya dengan rahmat dan limpah kurnia Allah, aku berjaga sampai pukul 12:30 malam tadi. Pagi tadi bangun pun agak segar. Tak adalah lembab aje macam biasa. Masih terasa kepenatan kat tulang belakang sikit-sikit, tapi Alhamdullillah dah banyak berubah dah.

Siapa nak tahu apa itu medisen, boleh tonton video kat bawah ni. Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi Ustaz Abdul Majid atau perawat-perawat Akrine.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails