Thursday, 20 June 2013

Kenapa Tak Perlu Bersedih Kalau Kita Tak Kaya?

Thursday, 20 June 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam ada Ustaz bagi kuliah kat surau tempat aku. Ustaz bagi satu example tentang nikmat.

Di suatu sekolah, pada satu hari seorang guru membahagi-bahagikan beberapa buku teks pada anak-anak muridnya. Ada anak murid yang dapat buku besar dan tebal. Ada anak murid yang dapat buku sederhana tebal. Ada anak murid yang dapat buku kecik... sebesar buku 555 aje.

Mula-mula murid yang dapat buku tebal pun rasa happylah. Manakala murid yang dapat buku kecil rasa macam tak disayangi guru. Sekali tiba-tiba guru tu kata, soalan periksa yang akan diberikan adalah mengikut kandungan buku yang diberikan kepada setiap murid-murid masing-masing. Maka bergembiralah murid yang dapat buku sekecil 555, sebab tak banyak yang nak kena study....

Begitulah juga dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Kurang nikmat yang Allah bagi, kuranglah juga masalah kita kat Akhirat esok. Banyak nikmat yang Allah bagi, banyaklah pula masalah kita kat akhirat esok. So tak perlulah kita berasa hati kalau jiran-jiran semua pakai MPV, tapi kita aje yang dok pakai kapcai lagi. 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails