Tuesday, 18 June 2013

Kaedah Mematahkan Ilmu pengasih / Ilmu berahi

Tuesday, 18 June 2013

Bismillahirrahmanirahim,

Masa aku kecik-kecik dulu, masa tingkatan 3 to be specific, ramai kawan-kawan aku yang pergi tiusyen. Aku tak pergi tiusyen sebab mak bapak aku dulu bukan orang senang. Tapi bagus jugak. Sebab kawan-kawan aku pergi tiusyen bukan nak belajar pun. Sebab nak jumpa awek je. Maklumlah, sekolah aku ALL BOYS. Yang lebih dashyat, kat tempat tiusyen depa dok try ilmu berahi. Sambil gentel lada hitam, depa baca mantera untuk bagi awek yang di target jadi berahi dan tak senang duduk.

Terjumpa pula kat internet kaedah untuk mematahkan ilmu berahi / ilmu pengasih sebagaimana yang dikongsikan di bawah ni. Kaedahnya sama dengan yang pernah diceritakan oleh Ustaz Wan Asrul, pengasas Terapi Islam Al-Fatah tak berapa lama dulu. Ustaz cerita, ada seorang hamba Allah menghadapi penyakit air mani meleleh tak henti-henti. Semuanya berlaku bila sihir pengasih yang dia nak kenakan kepada seorang wanita berjaya dipatahkan oleh wanita tersebut yang tahu selok-belok petuanya. Jadinya, kepada sesiapa yang nak buat jahat tu, kalau tak takut neraka pun agak-agaklah. Kena awek yang korang nak aniaya tu bukan sembarangan, ilmu tu patah balik kat hang. Padan muka hang... Kepada para suami dan bapa-bapa pula, sampaikanlah ilmu ni pada isteri dan anak-anak perempuan kita. Mudah-mudahan bermanfaat.

Kaedah mematahkan ilmu pengasih / ilmu berahi dari http://berkatrezeki.com/blog/2013/02/amalan-mematahkan-ayat-pengasih/

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Wah, rindu tak korang kat pak cik ?. Haaa, mesti rindu kan, siap ada yang nangis2 gigit bantal lagi sebab bukak blog pak cik takde post baru. Hohohoho (belagak sendiri depan cermin). Sejak kebelakangan ni pak cik takde mood nak berblogging. Rasa cam nak bersara.

Tapi, dakwah dan kewajipan ilmu mengatasi segalanya. Terpaksalah pak cik terus berblogging sampai cramp jari. Biar cramp jari, jangan cramp tempat lain.

Jadi, hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang semua mengenai amalan untuk mematahkan ayat pengasih. Khusus kepada para wanita, yang sememangnya dah tau korang lawa, pastu pakai baju lawa, menyendat, mana tak laki mata terjojol tengok korang kan ?. Jadi, amalan ini amat bagus untuk korang.

Orang yang nak tuju ayat pengasih ni senang je nak detect. Dia mesti dok jauh2 sikit, tapi nampak korang, pastu renung mata punyalah tajam, kalo orang len tengok boleh luka mata. Dan kadang2 diorang akan tekup mulut diorang konon2 nak cover diorang baca ayat pengasih.

Haa, dah kantoi da tu. Kepada korang yang dah tersedar tu, buat buat tak tau je. Konon cam orang bodoh je. Tapi bila dia dah mula start merapal, korang capailah apa apa objek yang berbentuk silinder ye, jangan ngada2 nak cari segitiga lak, lalu korang bacakan ayat dibawah :-

AUDZUBILLAHIMINASYAITONIRROJIM 3 X

BISMILAHIRROHMANIRROHIM 3X.

Kemudian korang patahkan objek tersebut. Dan malanglah sekali kepada encik beliau yang cuba tuju korang. Ayat diorang dah dipatahkan seperti mana korang mematahkan objek yang korang guna tu. Jangan pulak guna pendrive silinder ye. Tau la korang kaya. Hehhehe


1 comments:

Hanif Maulana said...

mantap brow

Obat Penyakit Ambeien

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails