Thursday, 23 May 2013

Kaedah: Boleh atau tidak?

Thursday, 23 May 2013
Islam itu mudah tetapi bukan remeh. tidak menyulitkan manusia dengan syariat yang diikatnya. tetapi manusia menyusahkan diri dengan membelengu diri pada fahaman yang tidak berasas tanpa memahami konsep dan asas syariat itu sendiri.
Di dalam term PERUBATAN ISLAM, harus difahami segala apa jua kaedah perubatan yang tidak bercanggah dengan syariat, tidak mensyirikan Allah makanya ia tergolong dalam perubatan Islam itu sendiri.
adakah perubatan hospital juga merupakan perubatan islam? YA selagi tidak pengamalan tidak bertentangan dengan syariat dan tidak mensyirikan Allah.
Apabila sesetengah method selain rukyah muncul ia dianggap pelik. pertama kena fahami sejarah melayu nusantara tersebut. Orang melayu dahulu mempunyai pegangan yang dipengaruhi kepercayaan alam, hindu dan islam. Lantaran itu pelbagai perkara wujud merujuk kefahaman dan berbuatan alam sendiri. Sehinggalah munculnya Alim Ulamak menyingkirkan segala fahaman yang bertentangan islam

Kewujudan Alim Ulamak pada masa lalu tidak menghapuskan budaya tetapi memurnikan budaya tersebut daripada pegangan dan fahaman bertentangan Islam. Sebagai contoh Tok Kenali yang mengubah kaedah orang melayu dahulu berkenaan pemakaian gelang benang hitam kepada budak kecil.  Daripada memakai gelang di ubah oleh Tok Kenali kepada tepek dahi mengambil tamsilan kejadian fitrah kejadian atau keadaan iaitu bila jatuh tali dari dari budak jatuh atau gugur tersebut maka seperti itulah diminta kepada Allah agar digugurkan segala penyakit dan kesulitan budak tersebut.

Kenapa memerlukan suatu benda untuk dijadikan method perubatan? Kerana ianya suatu tahkik yang membuatkan tukang ikhtiar yakin kepada Allah melalui fitrah alam bukannya meletak suatu benda itu diyakini untuk penyelesai masalah.
Sebagai contoh lain, penggunaan limau dalam pengubatan gangguan. Adakah Rasulullah menggunakan limau ketika pernah Baginda menolong seorang budak yang dibawa ibunya kerana penyakit gangguan? Tidak. Habis boleh kah kita menggunakan limau jika Rasulullah tak guna? Boleh tiada masalah selagi ianya bermanfaat dan tidak melanggar syariat
Adakah jin takut kepada limau? Tidak sama sekali.
Kalau jin tidak takut, habis kenapa menggunakan limau nipis dalam pengubatan?
Alim ulama dahulu mengambil sifat limau itu sendiri yang mana ianya bersifat menyingkir kerana asidnya. Maka daripada itu tamsilan kejadian ini lah diambil sebagai asbab ikhtiar melalui doa iaitu “Ya Allah seperti mana limau ini ENGKAU jadikan fitrahnya menyingkirkan segala kotoran maka seperti itu juga daku memohon kepada Mu singkirkanlah segala kesulitan dan penyakit saudara ku ini”
Jika masih keliru, maka analogi lain diterjemahkan.
Menggunakan Kereta sebagai kenderaan. Adakah Rasullulah menggunakan kereta? Tidak baginda menggunakan unta atau kuda sebagi kenderaan baginda
Adakah menggunakan kereta sebagai kenderaan itu salah? Tidak, tetapi jika meletakan fahaman dengan kenderaan itu kita boleh sampai kepada suatu tempat maka itu syirik kerana melihat kepada alat sebagai penyebab sumbangan perbuatan tetapi bukan Allah sendiri yang mengizinkan
Adakah kenderaan kereta itu bercanggah dengan syariat? Segala komponen dibuat dari bahan yang halal seperti besi, plastic dan sebagainya maka ianya tiada masalah. Melainkan ianya dibuat daripada bahan curi atau bahan haram seperti kulit babi atau aning maka ianya haram dan bercanggah dengan syariat untuk digunakan.
Selepas kita menilai dan fahami adakah penggunaan kereta itu dibolehkan walaupun Rasulullah SAW tidak pernah guna kereta?
Maka seperti itulah juga kaedah dalam perubatan yang pelbagai, selagi ianya TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAT DAN TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH maka ianya tiada masalah. Yang penting kita bertanya kepada pengamal ikhtiar tersebut untuk memastikan pegangan yang dibawanya benar selaras dengan kehendak islam. Setiap kaedah ada sebab yang boleh dijelaskan dan diterima pakai oleh Islam itu sendiri
Semoga pendedahan ini menjadikan kita sebagai bangsa yang celik akal untuk menilai. Semoga Allah memelihara iman dan aqidah kita daripada tergelincir dan daripada menjadi saudara yang menzalimi diri dan orang lain.
Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails