Thursday, 16 May 2013

Dari Akrine Segamat (1)

Thursday, 16 May 2013

Perkongsian dari sahabat Akrine di Segamat:

Bicara Kaedah Rawatan..: sudah hampir 3 bulan seorang lelaki berstatus bujang ini tidak kenal dirinya siapa...bersikap suka marah dan mudah panas baran... berumur 25tahun dan tinggal di salah satu gugusan Felda di Negeri Sembilan... ibu ayahnya memberitahu perangainya sangat berubah dan asbab beliau begitu sehingga keluarga menjadi porak peranda...beliau adalah anak yang ke6 dari 7 adik beradik...sudah bekerja namun setelah berubah perangai hanya suka duduk berseorangan diri, setiap hari jirannya akan mendengar suara suaranya menengking nengking ibu ayahnya... dan pernah mengacukan senjata yang tajam ke arah mereka yang cuba mententeramkan dia... jika beliau diajak berubat, sudah pasti akan keluar dari mulutnya "Aku tak sakit lah.. tak paham ke, aku tak sakit!!".... hari demi hari, minggu demi minggu akhirnya keluarga tidak dapat menanggungnya lagi, mereka membawanya ke hospital... dalam hospital biasalah mengamuk mengamuk mintak balik... dan akhirnya pihak hospital nak bawa dia ker hospital bahagia tetapi keluarganya tidak setuju namun lesen besar sebagai pesakit 'kurang siuman' dah keluar... dia dibawa pulang kerana sikapnya kembali reda... setelah beberapa hari semakin menjadi jadi... lalu ibu ayahnya bertemu dengan ana tanpa membawa dia... ana cuma memberikan air sahaja..menyuruh dia minum.. jika sudah reda bawalah datang.... Allah telah menetapkan pada waktu yang sesuai dan membawanya keadaan biasa tapi seperti orang hilang arah, tergaru garu, sakit kepala dan sakit perut... asyik nak ke tandas jer...tiba giliranya ana mulakan rawatan

Teknik Ruqyah
pada mulanya ana hanya membaca 20 ayatul ruqyah asas... berlaku berdialog tetapi ana buat tak endah..namun apa yang terkeluar dari mulutnya..."kau jangan ganggu urusan aku!!...sambungnya lagi.. tuan aku lagi kuat dari kau".... (keadaan mata merah dan setiap uratnya mula timbul)... - jelas ianya simptom sihir ana terus membatalkan sihir tersebut... masa tu ana dah pasang petugas supaya memegangnya..

Teknik membatalkan sihir
dengan membaca bersama niat membatal sihir
1. Al Araf.. 117 - 122... 7x dan membaca ' wa ul qiyas sahara tu sajidinn ' 30x
2. Yunus 81 - 82......... 7x dan membaca ' innallaha sayubtiluh' 70x
3. Toha 69 ..................7x

keadaanya akan muntah lendir hitam yang berbau busuk.. kadang kala kuning... kadang kala hijau... muntah ini keluar selepas makanan dalam perut habis keluar.. namun jin masih ada lagi...

Teknik menyerang jin
dengan membaca As Soffat 1 -10... 21x diikuti seorang azan..

lalu dia sedar dan dia pun tak tahu dia berada di pusat rawatan... dan nampak letih...dan mereka pulang dengan bertawakal pada Allah... pada hari keesokkannya keluarganya menelefon...memberitahu mereka mendapat surat dari seorang perempuan dan perempuan itu wakil dari keluarga yang menyihirnya meminta maaf kerana ini semua angkaranya kerana CINTA dan untuk mendapat lelaki itu..dalam surat itu hanya sekeping gambarnya, lilin, benang hitam, benang merah, paku, kain kuning dan putih utk dipulangkan... sebenarnya si tukang sihir itu adalah atuknya.. dan telah meninggal dunia pada malam itu, dalam keadaan menanggung kepanasan yang teramat sangat dan akhirnya meninggal dunia...

ana yakin dengan kaedah ini dan sampai sekarang ana menggunakannya antara boleh membatalkan dan terus membelasah si tukang sihir... (cuma mmg letih le ambil masa 1 jam setengah).. begitulah setakat ini sehingga 6 bomoh taubah nasuhah dan 1 meninggal dunia... jika mmg dari mereka ana yakin mereka tahu yang kita sedang menyerang mereka... selagi kita berpegang pada ALLAH, insyALLAH... ALLAH tetap akan membantu memusnahkan yang bathil... yakinLAH... (gambar di atas itulah mangsanya)


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails