Wednesday, 8 May 2013

Cara Masuk Syurga Tanpa Hisab

Wednesday, 8 May 2013

Semalam aku baca dalam kitab Fadhail Amal, ada 3 jenis orang yang akan masuk syurga tanpa hisab. Aku tak ingatlah hadis tu semuanya, panjang beb, tapi conclusionnya ada 3 jenis orang yang akan masuk syurga tanpa hisab. Lepas 3 golongan ni masuk syurga, baru penghisaban akan dimulakan.
  1. Orang yang sentiasa memuji Allah dalam kesenangan dan kesusahan.
  2. Orang yang perniagaan dan jual beli tidak melalaikannya dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat.
  3. Golongan yang ketiga tak ingatlah pulak... Allahumma salli 'ala saidina Muhammad

Aku azam nak usahakan no 2 dululah... Bila azan bunyi aje.. sedaya upaya terus tinggal segala kerja, ambil wuduk dan solat. Dulu pernah dengar cerita para sahabat tengah buat rumah, tinggal satu batu aje lagi nak letak, bunyi azan terus tinggal walau hanya satu batu lagi dan terus pergi solat. Mudah-mudahan Allah bagi kita taufik dan hidayah untuk ikut jejak langah para sahabat 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails