Monday, 22 April 2013

Teruskan Ruqyah Walaupun Tiada Respon

Monday, 22 April 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam saya membuat usaha rawatan untuk seorang yang tiba-tiba rasa sakit kepala, loya-loya dan macam nak demam, sedangkan dia tak demam. Saya ambil keputusan untuk terus ruqyah dengan manzil yang ditambah ayat-ayat anti sihir standard, tanpa scan terlebih dahulu. Tiada gantung tangan, tiada 1881 dan tiada tikam-tikam. Sepanjang sessi ruqyah, tiada sebarang respons. Tiada gerakan jari, apatah lagi kerasukan. Selepas ruqyah, saya teruskan dengan compress dan teknik tarik dari kaki. Usai sessi menarik, semua kesakitan yang dialami oleh pesakit hilang dengan serta merta. Subhanallah. Segala kesembuhan milik Allah semata-mata.

Kadang-kadang bila merawat kita sibuk mengharapkan berlakunya rasukan atau respon gerakan organ dari jin yang mengganggu. Namun sesungguhnya, kesembuhan itu milik Allah. Bukanlah rasukan atau respon jin yang mengganggu itu menjadi tanda aras keberkesanan rawatan.

Wallahu'alam.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails