Wednesday, 27 March 2013

Sweating the small stuff - menyusahkan diri tidak kena tempat.

Wednesday, 27 March 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi saidina Muhammad.

Kadang-kadang kita ni suka menyusahkan diri dengan perkara yang Allah dan Rasulnya  tidak susahkan.Tapi kita tak susahkan diri kita dengan perkara yang Allah dan Rasulnya  beratkan.

Contohnya: 

  • Beriya-iya cari sejadah bila nak solat, tapi tak ambik kisah bersugi dan menjimatkan air masa berwuduk.
  • Cukup marah bila isteri kita tak kemas rumah cantik-cantik, tapi tak kisah pun isteri kita keluar rumah pakai tudung cantik, baju labuh cantik, tapi mendedahkan kaki. (Kaki wanita tu aurat beb)
  • Cukup marah dan kelam-kabut bila keluar rumah lambat 5 minit dari biasa, tapi buat tak kisah je walaupun dah sejam azan berkumandang.
  • Sibuk nak zikir riban-riban hari-hari, tapi tak ambik kisah dengan amalan-amalan sunnat muakkad seperti solat sunat rawatib, tahajjud dan dhuha. He he... kemek idung den. Terkena batang idung sendiri...
  • Membebel bila anak kita tidur tak gosok gigi, tapi tak ambik kisah pun anak kita tidur tak ambil wuduk. (Ambil wuduk sebelum tidur tu sunnah beb)
  • Marah anak-anak bising masa kita nak tengok berita kat tv, tapi tak kisah pun bila anak-anak bising time azan.
  • Sibuk berbahas baca Yasin malam Jumaat tu bidaah ke tidak, tapi tak sibuk nak ajak jiran-jiran yang jauh dari agama balik ke masjid.
  • Dan macam-macam lagilah.

Sebenarnya 70% apa yang aku tulis ni cuma kena kat batang idung sendiri aje. Sama-samalah kita cuba baiki diri memasing ye...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails