Friday, 28 December 2012

Zakat KWSP Untuk Ansuran Bulanan Pembiayaan Rumah

Friday, 28 December 2012
Pengeluaran Duit Di KWSP Untuk Pembayaran Ansuran Bulanan Pembiayaan Rumah
Soalan:

Oleh kerana pembayaran ansuran rumah saya dibuat melalui potongan gaji jadi wang tersebut saya gunakan sebagai belanja&simpanan.
  1. saya sedia maklum mengeluarkan wang di KWSP kita dikenakan membayar zakat sebanyak 2.5% tapi bagaimanapula sekiranya pengeluaran tersebut atas tujuan membayar ansuran bulanan pembiayaan rumah.
  2. sekiranya perlu dizakat,adakah perlu dibayar setiap bulan ataupun saya boleh mengumpulkanya setelah habis tempoh penerimaan wang tersebut selama 14bln.
Jawapan
 
Assalamualaikum.
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
  • Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun".
* Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat AJK fatwa kebangsaan ini tuan boleh pilih samaada hendak bayar zakat terus sebaik sahaja menerima wang kwsp tersebut atau cukup simpanan setahun dan cukup nisab baru membayarnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails