Monday, 19 November 2012

Hebatnya Wanita....

Monday, 19 November 2012

Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu kagum dengan mak aku. Setiap pagi, mesti dia yang bangun paling awal. Orang lain belum bangun lagi, mak aku dah sibuk buat kerja itu ini sebagai persiapan untuk keluarga. Rata-rata aku tengok, mana-mana keluarga pun mesti emak yang bangun dulu. Rumah mertua aku pun camtu. Orang lain belum bangun, mak mertua aku dah siap buat sarapan pun dah. Lepas subuh, diperambatnya semua orang suruh makan.

Masa aku baru-baru kahwin, mula-mula aku tension juga dengan wife aku, pasal dia "tak rajin" macam mak aku. Tapi bila anak dah pelan-pelan ramai, aku perasaan wife aku pun dah jadi macam mak aku. Walaupun dalam family aku, aku yang selalu bangun dulu, tapi sebaik aje bangun, wife aku sibuk terus buat itu ini untuk keluarga. Bila aku balik kerja, kadang-kadang aku minta wife aku buatkan air. Kadang-kadang aku tau dia pun letih, tapi dia masih terus aje pergi dapur dan buat air untuk aku tanpa banyak soal.

Aku tengok anak perempuan aku yang baru 7 tahun tu pun dah mula tunjuk bakat. Bila wife aku sibuk, sedang abang dan adik lelakinya sibuk main, dialah yang sibuk jaga & dukung baby paling kecik ke sana ke mari. Kecik-kecik lagi dah tunjuk bakat sebagai seorang ibu. Fuhh... hebatnya wanita...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails