Friday, 7 September 2012

Komputer vs. Insan

Friday, 7 September 2012

Posting ni cuma fikiran aku aje. Jangan ambik serius sangat. Kalau rasa mengganggu fikiran baik korang lupakan aje.

Komputer vs. Insan

A. Hardware Vs. Jasad

Komputer terdiri dari beberapa bahagian. Yang pertama adalah hardware. Hardware pula ada beberapa bahagian, contohnya CPU, monitor, hardisk, RAM, keyboard, mouse dan lain-lain. Manusia pun ada hardware yang dipanggil jasad. Jasad manusia pun ada banyak bahagian, seperti kepala, badan, tangan, kaki, otak, organ-organ dalaman. Setiap bahagian mempunyai fungsinya tersendiri. Sesetengah orang panggil jasad ni sebagai diri terdiri.

B. Software Vs. Ruhul Yaqazah

Sesebuah komputer tak boleh berfungsi dengan Hardware aje. Dia nak kena ada software. Software pula ada macam-macam. Ada BIOS program, operating system, ada application programs dan sebagainya. Kemampuan software tidak terbatas. Selagi larat nak install, bermacam-macam perkara boleh diupgrade. Software ni jugalah yang menyebabkan komputer dapat terhubung dengan dunia internet yang merupakan sumber yang sangat besar.

Manusia pun tak boleh berfungsi dengan hardware aje. Nak kena ada software juga. Software manusia dipanggil Ruhul Yaqazah. Ruhul Yaqazah pun terdiri dari beberapa bahagian. Yang aku tau ruh, akal dan nafsu. Setengah orang panggil Ruhul Yaqazah ni sebagai diri terperi. Diri terperi kerana kemampuannya sangat hebat hingga tidak terperi. Sepertimana komputer, ruhul yaqazah inilah yang menyebabkan insan terhubung dengan sumber tanpa sempadan.

Bila software di "sleep" kan, maka komputer pun akan sleep atau hibernate. Tapi komputer tu tak mati lagi. Sama juga manusia. Bila ruhuh yaqazah keluar, manusia akan tidur, tapi tak mati lagi.

C. Energy for life / Ruhul Hayat.

Dah ada hardware, dah ada software tapi belum cukup lagi. Nak kena bagi tenaga elektrik, barulah komputer boleh hidup. Sama juga manusia, jasad dan ruhul yaqazah aje tak cukup untuk manusia hidup. Yang menyebabkan manusia hidup ialah adanya Ruhul Hayat. Setengah orang panggil ruhul hayat ni Diri Sebenar Diri. Tenaga elektrik untuk komputer adalah tenaga yang mengalir di dalam satu litar yang besar. Ianya bukan spesifik untuk sebiji komputer tertentu. Bila sesebuah komputer terhubung dengan litar yang besar ni, maka jadilah ia komputer yang hidup. Software adalah bahagian yang memang terdapat secara berasingan pada semua komputer. Tapi tenaga elektrik tidak berada berasingan pada sesebuah komputer. Ianya adalah energy yang mengalir secara universal pada semua komputer yang terhubung di dalam litarnya. Apabila sesebuah komputer terputus dari litar yang besar ini, maka shut down lah ia. Walau ia ada portable battery sekalipun, bila habis power battery, akhirnya akan shut down juga.

Begitu juga ruhul hayat. Ruhul hayat bukan milik seseorang manusia secara personal. Ianya adalah sesuatu yang universal, mengalir ke dalam diri manusia yang masih lagi hidup. Bila manusia dikeluarkan dari litar ruhul hayat, maka matilah ia.

D. User / Diri Tajalli

Dah ada power elektrik, hardware dan software, sesebuah komputer dah boleh hidup. Tapi masih belum boleh berfungsi. Nak kena ada orang hidup dan jalankan, barulah sesebuah komputer boleh berfungsi. Secanggih mana sesebuah komputer tu pun, nak kena ada seorang manusia juga untuk tekan button "ON" untuk kali pertama. Barulah komputer tu boleh bergerak menurut program yang telah ditentukan untuknya.

Manusia pun sama, dah ada ruhul hayat, ruhul yaqazah dan jasad pun baru cuma boleh mula nak hidup. Untuk berfungsi nak kena ada USER yang menggerakanya. SIAPAKAH USER ITU?

Surah As-Sajdah (Ayat 4 - 9)

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? (4) 

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. (5) 

Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; (6) 

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) 

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) 

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9) 

 

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails