Wednesday, 5 September 2012

Catatan Rawatan: Serangan Sesak Nafas

Wednesday, 5 September 2012

Gangguan yang menghalang anak aku pergi sekolah dah bermula balik selepas hampir 3 bulan terhenti. Bentuk serangan ada pelbagai. Kadang-kala jari tangan bergerak-gerak tak boleh berhenti. Kadang-kala, anak itu akan merasa sesak nafas.

Sebenarnya sejak semalam aku dah dapat rasakan tanda-tanda serangan. Cumanya, ikhtiar yang dilakukan dilihat tidak diizinkan Allah lagi. Sejak tengahari semalam aku merasa amat mengantuk. Hampir aku tak buat kerja lepas zuhur semalam. Itu pun nasib baik Roem ajak aku investigate ITO mask yang beberapa hari dah menunggu untuk dikaji. Badan aku pun terasa panas (pijar) di beberapa tempat. Paling kuat di tapak kaki kiri. Tak tau lah ada yang nak masuk jasad aku ke, aku kena jurus dari jauh ke, aku pun tak tau.

Aku bertolak balik dari office pukul 6:40pm. Sambil memandu, aku habiskan zikir tahsin. Masa aku sampai rumah, waktu Mahgrib dah lebih 10 minit berlalu. Sesampai di rumah aku tengok wife aku tengah ada konfrontasi dengan anak ketiga. It seems anak ketiga aku dah kurang ajar sangat. Aku syak ada yang tak kena. Mungkin ada yang hasut anak ketiga supaya nakal. Nanti bila nakal, wife aku jadi marah gila, maka terbukalah segala ruang yang diperlukan untuk ceroboh jasad wife aku pulak. Apapun, ni cuma telahan aku aje.

Solat Mahgrib kami berjemaah sekeluarga, kecuali wife aku yang lambat sikit sebab nak tidurkan baby dulu. Usai solat Mahgrib, aku rasa penat sangat. Tak dapat nak baca Taklim macam biasa, aku suruh anak-anak siapkan kerja sekolah. Aku pula habiskan sikit-sikit lagi wirid harian. Lepas tu terus aku terbaring kepenatan. Masuk waktu Isyak, aku tak larat nak solat. Aku suruh anak-anak solat sendiri dan lepas tu terus tidur. Aku gagahkan untuk solat Isyak pukul 9:30pm berjemaah dengan wife. Usai solat Isyak, wife aku pun masuk tidur ngan baby. Aku pulak terbaring kat ruang tamu dengan keadaan tak mandi lagi.

Pukul 11 malam lebih aku terjaga. Masih penat, tapi aku gagahkan diri untuk mandi. Lepas mandi aku baca Yasin. Lepas tu aku baca Quran dengan Terjemahan. Masa baca Quran dengan terjemahan, anak no 1 mengamuk dalam tidur. Siap tendang-tendang dinding. Dari pengalaman, tahulah aku jasad anak no 1 aku dah kena ceroboh. Tapi aku penat sangat. Tak larat nak buat apa. Cuma pasang MP3 quran dan niatkan untuk musnahkan gangguan. Lepas tu aku terus tidur. Tapi sesekali terjaga, memang aku lihat anak no. 1 cukup tak selesa tidurnya. Bergolek ke sana, bergolek ke sini.

Aku set jam pukul 3am, tapi 4:45 baru aku mampu nak bangun. Terus ambik wuduk, solat taubat 2 rakaat dan witir 1 rakaat. Tak dapat nak buat amal lain sebab dah tak ada masa nak buat ikhtiar untuk anak no 1. Dengan sisa-sisa masa yang ada, aku cuma ruqyah anak no.1 dengan Fatihah dan selawat tafrijiyah banyak-banyak.

Pukul 5:45 am, semua orang bangun dan bersiap. Lepas solat subuh aku pastikan anak-anak & isteri buat Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul sebagai pendinding. Aku perasaaan yang anak no 1 aku blurr semacam aje. Sebelum keluar rumah, seperti biasa aku baca ayat penggerak 7 kali. Masa baca, aku nampak dari reflection pada sliding door baby aku merangkak nak dapatkan aku. Tapi sebab aku dapat baca ayat penggerak 7x sebelum baby sentuh aku, aku consider ok je dan proceed bawa anak ke sekolah. 

Masa memandu, macam biasa aku habiskan wirid pagi - bacaan Ayat-ayat Manzil. Baru tak sampai 10min, anak no. 1 dah mula sesak nafas. Aku teruskan memandu ke sekolah, hantar anak no. 2 dan bergegas balik ke rumah. Sampai rumah aku suruh anak no. 1 rehat. Biasanya dalam kes yang lepas-lepas, bila balik rumah sesak nafas anak aku akan hilang sendiri. So, aku cuma suruh dia rehat sambil aku baca Quran sementara tunggu dia lega.

Tapi kali ni, lepas dekat 30 minit pun anak aku tak lega-lega lagi. Dari pengalaman yang lepas, kalau dah kena attack jenis sesak nafas ni, hanya ruqyah secara bacaan aje yang berkesan. Aku ruqyahkan anak aku dengan Surah Al-Fatihah dan selawat syifa. Aku ulang-ulang selawat syifa sambil tangan kanan aku menyentuh dada anak aku. Bergegar-gegar seluruh badan anak aku. Dalam dada anak aku, aku dapat rasakan sesuatu pergerakan angin yang kuat. Hampir 40 min aku ruqyah, gegaran pada badan anak aku pun hilang dan nafas anak aku pun kembali lega. ALHAMDULLILLAH. Terima kasih Allah.

Yang penting, aku sedar yang makhluk tiada kemampuan nak beri mudharat. Apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH jua. Mesti ALLAH nak aku belajar sesuatu. Cuma sampai sekarang aku masih blurr blurr ayam tentang apa yang ALLAH nak aku pelajari...

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails