Tuesday, 25 September 2012

Kekuatan untuk menghadapi gangguan batil.

Tuesday, 25 September 2012
Ada orang-orang yang berbangga dengan "ilmu-ilmu" mereka.
Dan menganayiai orang lain dengan "ilmu-ilmu" batil mereka.
Cukuplah firman Allah di bawah ini sebagai motivasi untuk menghadapi puak-puak ini:
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (36) 
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)? (37) 
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (38) 
Surah Az-Zumar [36 - 38]

0 comments

Peringatan supaya tidak bersedih mahupun sombong

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) 
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (23) 
Surah Al-Hadid [22-23]

0 comments

Friday, 14 September 2012

Niat, Doa, Ruqyah, Teknik... Contoh aplikasi

Friday, 14 September 2012
Kaedah rawatan Akrine, menggunakan 4 teras sebagai kaedahnya:
  1. Niat
  2. Doa
  3. Rukyah
  4. Teknik
Antara contoh aplikasi-aplikasi yang pernah aku buat.

Contoh 1: Musnahkan gangguan.


[Niat]
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan izin Allah, sahaja aku bacakan kalimah-kalimah ini untuk memusnahkan segala kebatilan yang menyakiti hamba Allah ini, kerana Allah ta'ala.

[Doa]
Selawat.
Ya Allah, kepadaMu aku bermohon dengan merendah diri, semoga Engkau kurniakanlah kesembuhan pada hambaMu ini Ya Allah, dan Engkau bebaskanlah dirinya dari segala gangguan batil.
Selawat.
Amin

[Rukyah]
Surah Al-Furqan ayat 23 (41x)

[Tindakan]
Tiup panjang ke ubun-ubun pesakit.

Contoh 2: Untuk membina auto incinerator


[Niat]

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan izin Allah, sahaja aku ruqyah hamba Allah ini, untuk menjadikan setiap sel di dalam jasadnya sebagai api, yang akan membakar segala makhluk dan kebatilan yang mengganggunya, dengan kepanasan yang tidak tertanggung oleh mereka, dan dengan kepanasan yang bertambah sebanyak 1 juta kali ganda setiap kali hamba Allah ini mengucapkan satu kali kalimah Allah, kerana Allah ta'ala.



[Doa]

Selawat.

Ya Allah, kepadaMu aku bermohon dengan merendah diri, kurniakanlah pada hambaMu ini Ya Allah, akan kekuatan dari sisiMu yang tidak terkalahkan, yang akan melindungi dirinya dari segala gangguan batil dan kejahatan makhlukMu Ya Allah.
Selawat.

Amin



[Rukyah]

Al-Fatihah
Selawat Tafrijiyyah
Ayatul Kursi



[Tindakan]

Tiup panjang ke ubun-ubun pesakit 3x.

1 comments

Tolaklah bila kawan ajak buat jahat.



  • Kadang-kadang ada kawan yang rajin offer rokok kat kita. Tak sampai hati nak tolak kita pun hisaplah.
  • Kadang-kadang ada kawan yang ajak kita ponteng, pergi minum teh tarik time kerja. Tak sampai hati nak tolak kita pun ikutlah.
  • Kadang-kadang boss ajak kita pergi karaoke. Tak berani lawan boss, kita pun ikutlah.
  • Kadang-kadang kat kolej ada room-mate ajak kita tengok video "bagusssss." Tak berani nak tegur, kita pun tengok sama-sama.
  • Kadang-kadang ada kawan oversea ajak kita makan kat kedai makan yang tak pasti kehalalannya, tak sampai hati nak tolak kita pun bawalah dia.

Aku ingatkan diri aku dan tuan-tuan semua, kalau pun tak berani halang kemungkaran, tolaklah bila di offer untuk buat sama-sama.

Firman Allah dalam Surah Saba ayat 42:Maka pada hari ini, masing-masing di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya, dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya; dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim itu; "Rasalah azab neraka yang kamu dahulu mendustakannya."

Kawan-kawan yang ajak buat jahat tu, tak dapat pun nak tolong pun kita di hadapan Allah nanti. Nak ikut buat jahat juga ke lagi?

Bila kita menolak, gerenti kita kena ejek. Mesti ada yang kata, "Fuh.. dah bertaubatlah kawan kita tu..." Nasihat aku, buat tak tau aje. Apa pun depa kata, bukan depa boleh tolong kita depan Allah kat akhirat esok. Bahkan yang suka jadikan agama sebagai ejek-ejekan tu, berhati-hatilah. Sebab Allah berfirman:

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Luqman: 6)



0 comments

Friday, 7 September 2012

Komputer vs. Insan

Friday, 7 September 2012

Posting ni cuma fikiran aku aje. Jangan ambik serius sangat. Kalau rasa mengganggu fikiran baik korang lupakan aje.

Komputer vs. Insan

A. Hardware Vs. Jasad

Komputer terdiri dari beberapa bahagian. Yang pertama adalah hardware. Hardware pula ada beberapa bahagian, contohnya CPU, monitor, hardisk, RAM, keyboard, mouse dan lain-lain. Manusia pun ada hardware yang dipanggil jasad. Jasad manusia pun ada banyak bahagian, seperti kepala, badan, tangan, kaki, otak, organ-organ dalaman. Setiap bahagian mempunyai fungsinya tersendiri. Sesetengah orang panggil jasad ni sebagai diri terdiri.

B. Software Vs. Ruhul Yaqazah

Sesebuah komputer tak boleh berfungsi dengan Hardware aje. Dia nak kena ada software. Software pula ada macam-macam. Ada BIOS program, operating system, ada application programs dan sebagainya. Kemampuan software tidak terbatas. Selagi larat nak install, bermacam-macam perkara boleh diupgrade. Software ni jugalah yang menyebabkan komputer dapat terhubung dengan dunia internet yang merupakan sumber yang sangat besar.

Manusia pun tak boleh berfungsi dengan hardware aje. Nak kena ada software juga. Software manusia dipanggil Ruhul Yaqazah. Ruhul Yaqazah pun terdiri dari beberapa bahagian. Yang aku tau ruh, akal dan nafsu. Setengah orang panggil Ruhul Yaqazah ni sebagai diri terperi. Diri terperi kerana kemampuannya sangat hebat hingga tidak terperi. Sepertimana komputer, ruhul yaqazah inilah yang menyebabkan insan terhubung dengan sumber tanpa sempadan.

Bila software di "sleep" kan, maka komputer pun akan sleep atau hibernate. Tapi komputer tu tak mati lagi. Sama juga manusia. Bila ruhuh yaqazah keluar, manusia akan tidur, tapi tak mati lagi.

C. Energy for life / Ruhul Hayat.

Dah ada hardware, dah ada software tapi belum cukup lagi. Nak kena bagi tenaga elektrik, barulah komputer boleh hidup. Sama juga manusia, jasad dan ruhul yaqazah aje tak cukup untuk manusia hidup. Yang menyebabkan manusia hidup ialah adanya Ruhul Hayat. Setengah orang panggil ruhul hayat ni Diri Sebenar Diri. Tenaga elektrik untuk komputer adalah tenaga yang mengalir di dalam satu litar yang besar. Ianya bukan spesifik untuk sebiji komputer tertentu. Bila sesebuah komputer terhubung dengan litar yang besar ni, maka jadilah ia komputer yang hidup. Software adalah bahagian yang memang terdapat secara berasingan pada semua komputer. Tapi tenaga elektrik tidak berada berasingan pada sesebuah komputer. Ianya adalah energy yang mengalir secara universal pada semua komputer yang terhubung di dalam litarnya. Apabila sesebuah komputer terputus dari litar yang besar ini, maka shut down lah ia. Walau ia ada portable battery sekalipun, bila habis power battery, akhirnya akan shut down juga.

Begitu juga ruhul hayat. Ruhul hayat bukan milik seseorang manusia secara personal. Ianya adalah sesuatu yang universal, mengalir ke dalam diri manusia yang masih lagi hidup. Bila manusia dikeluarkan dari litar ruhul hayat, maka matilah ia.

D. User / Diri Tajalli

Dah ada power elektrik, hardware dan software, sesebuah komputer dah boleh hidup. Tapi masih belum boleh berfungsi. Nak kena ada orang hidup dan jalankan, barulah sesebuah komputer boleh berfungsi. Secanggih mana sesebuah komputer tu pun, nak kena ada seorang manusia juga untuk tekan button "ON" untuk kali pertama. Barulah komputer tu boleh bergerak menurut program yang telah ditentukan untuknya.

Manusia pun sama, dah ada ruhul hayat, ruhul yaqazah dan jasad pun baru cuma boleh mula nak hidup. Untuk berfungsi nak kena ada USER yang menggerakanya. SIAPAKAH USER ITU?

Surah As-Sajdah (Ayat 4 - 9)

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? (4) 

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. (5) 

Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; (6) 

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) 

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) 

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9) 

 

 


0 comments

Wednesday, 5 September 2012

Catatan Rawatan: Serangan Sesak Nafas

Wednesday, 5 September 2012

Gangguan yang menghalang anak aku pergi sekolah dah bermula balik selepas hampir 3 bulan terhenti. Bentuk serangan ada pelbagai. Kadang-kala jari tangan bergerak-gerak tak boleh berhenti. Kadang-kala, anak itu akan merasa sesak nafas.

Sebenarnya sejak semalam aku dah dapat rasakan tanda-tanda serangan. Cumanya, ikhtiar yang dilakukan dilihat tidak diizinkan Allah lagi. Sejak tengahari semalam aku merasa amat mengantuk. Hampir aku tak buat kerja lepas zuhur semalam. Itu pun nasib baik Roem ajak aku investigate ITO mask yang beberapa hari dah menunggu untuk dikaji. Badan aku pun terasa panas (pijar) di beberapa tempat. Paling kuat di tapak kaki kiri. Tak tau lah ada yang nak masuk jasad aku ke, aku kena jurus dari jauh ke, aku pun tak tau.

Aku bertolak balik dari office pukul 6:40pm. Sambil memandu, aku habiskan zikir tahsin. Masa aku sampai rumah, waktu Mahgrib dah lebih 10 minit berlalu. Sesampai di rumah aku tengok wife aku tengah ada konfrontasi dengan anak ketiga. It seems anak ketiga aku dah kurang ajar sangat. Aku syak ada yang tak kena. Mungkin ada yang hasut anak ketiga supaya nakal. Nanti bila nakal, wife aku jadi marah gila, maka terbukalah segala ruang yang diperlukan untuk ceroboh jasad wife aku pulak. Apapun, ni cuma telahan aku aje.

Solat Mahgrib kami berjemaah sekeluarga, kecuali wife aku yang lambat sikit sebab nak tidurkan baby dulu. Usai solat Mahgrib, aku rasa penat sangat. Tak dapat nak baca Taklim macam biasa, aku suruh anak-anak siapkan kerja sekolah. Aku pula habiskan sikit-sikit lagi wirid harian. Lepas tu terus aku terbaring kepenatan. Masuk waktu Isyak, aku tak larat nak solat. Aku suruh anak-anak solat sendiri dan lepas tu terus tidur. Aku gagahkan untuk solat Isyak pukul 9:30pm berjemaah dengan wife. Usai solat Isyak, wife aku pun masuk tidur ngan baby. Aku pulak terbaring kat ruang tamu dengan keadaan tak mandi lagi.

Pukul 11 malam lebih aku terjaga. Masih penat, tapi aku gagahkan diri untuk mandi. Lepas mandi aku baca Yasin. Lepas tu aku baca Quran dengan Terjemahan. Masa baca Quran dengan terjemahan, anak no 1 mengamuk dalam tidur. Siap tendang-tendang dinding. Dari pengalaman, tahulah aku jasad anak no 1 aku dah kena ceroboh. Tapi aku penat sangat. Tak larat nak buat apa. Cuma pasang MP3 quran dan niatkan untuk musnahkan gangguan. Lepas tu aku terus tidur. Tapi sesekali terjaga, memang aku lihat anak no. 1 cukup tak selesa tidurnya. Bergolek ke sana, bergolek ke sini.

Aku set jam pukul 3am, tapi 4:45 baru aku mampu nak bangun. Terus ambik wuduk, solat taubat 2 rakaat dan witir 1 rakaat. Tak dapat nak buat amal lain sebab dah tak ada masa nak buat ikhtiar untuk anak no 1. Dengan sisa-sisa masa yang ada, aku cuma ruqyah anak no.1 dengan Fatihah dan selawat tafrijiyah banyak-banyak.

Pukul 5:45 am, semua orang bangun dan bersiap. Lepas solat subuh aku pastikan anak-anak & isteri buat Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul sebagai pendinding. Aku perasaaan yang anak no 1 aku blurr semacam aje. Sebelum keluar rumah, seperti biasa aku baca ayat penggerak 7 kali. Masa baca, aku nampak dari reflection pada sliding door baby aku merangkak nak dapatkan aku. Tapi sebab aku dapat baca ayat penggerak 7x sebelum baby sentuh aku, aku consider ok je dan proceed bawa anak ke sekolah. 

Masa memandu, macam biasa aku habiskan wirid pagi - bacaan Ayat-ayat Manzil. Baru tak sampai 10min, anak no. 1 dah mula sesak nafas. Aku teruskan memandu ke sekolah, hantar anak no. 2 dan bergegas balik ke rumah. Sampai rumah aku suruh anak no. 1 rehat. Biasanya dalam kes yang lepas-lepas, bila balik rumah sesak nafas anak aku akan hilang sendiri. So, aku cuma suruh dia rehat sambil aku baca Quran sementara tunggu dia lega.

Tapi kali ni, lepas dekat 30 minit pun anak aku tak lega-lega lagi. Dari pengalaman yang lepas, kalau dah kena attack jenis sesak nafas ni, hanya ruqyah secara bacaan aje yang berkesan. Aku ruqyahkan anak aku dengan Surah Al-Fatihah dan selawat syifa. Aku ulang-ulang selawat syifa sambil tangan kanan aku menyentuh dada anak aku. Bergegar-gegar seluruh badan anak aku. Dalam dada anak aku, aku dapat rasakan sesuatu pergerakan angin yang kuat. Hampir 40 min aku ruqyah, gegaran pada badan anak aku pun hilang dan nafas anak aku pun kembali lega. ALHAMDULLILLAH. Terima kasih Allah.

Yang penting, aku sedar yang makhluk tiada kemampuan nak beri mudharat. Apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH jua. Mesti ALLAH nak aku belajar sesuatu. Cuma sampai sekarang aku masih blurr blurr ayam tentang apa yang ALLAH nak aku pelajari...

 


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails