Wednesday, 8 August 2012

Catatan Rawatan: Jin Yahudi Kembali Lagi

Wednesday, 8 August 2012

     Setelah beberapa bulan hidup dalam aman, gangguan yang menyebabkan jari-jari seorang anak bergerak-gerak sendiri datang lagi.  Jin mengaku dihantar orang dan jin pula beragama Yahudi. Namun seperti biasa, aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri aje dengan statement-statement dari pihak jin. Seperti biasa, dakwah dan tanzir menjadi pembuka bicara. Namun "rundingan damai" mengalami jalan buntu. Jin pengganggu tidak mahu menerima Islam. Peringatan supaya berhenti dari mengganggu anak tersebut pun tidak dipersetujui juga. Maka tiada jalan lain, ruqyah pun dimulakan. Teknik racuh menjadi pembuka ikhtiar, namun tidak berkesan. Aku tiru pula kaedah saudara Hairuzi. Aku copy & paste gangguan pada kipas, tapi nampaknya tak banyak kesan.

     Ruqyah dibacakan sambil aku menekan-nekan point-point yang disyaki menjadi tempat tinggal jin-jin tersebut. Apabila ditekan pada pangkal tumit setiap kaki, kedua-dua kaki anak itu pula mula bergerak. Kasihan melihat anak itu keletihan, aku mohon pada Allah untuk memasak tangan dan kaki anak itu supaya tidak boleh digerakkan oleh jin. Aku ikhtiarkan dengan teknik pasak Yasin Yasin Yasin Yasin sambil menekan tangan / kaki anak itu. Alhamdulillah berkesan. Tapi tangan kiri anak itu pula mula bergerak. Aku mohon Allah pasak lagi. Alhamdulillah berhenti. Aku teruskan dengan ruqyah Surah As-Sofaat ayat 1-10 sebanyak 71x. Tangan dan kaki anak tersebut tidak bergerak kerana telah dipasak. Tapi gerak hati aku berkata, jin belum habis keluar lagi. Terkadang mata anak itu melilau ke sana ke mari walaupun sebenarnya telah tertidur dek ruqyah yang begitu panjang.

    Aku ruqyah pula dengan asmaul husna "Ya Latif" lebih kurang 1000x. Terdapat pergerakan sedikit sebanyak pada jari-jari anak tersebut. Ikhtiar diteruskan lagi dengan kaedah bakar tempat persembunyian. Aku mohon Allah bakar semua tempat persembunyian jin berserta jin yang bersembunyi di dalam badan, sambil membaca ruqyah Jibrail dan menekan point-point pada badan. Anak itu terasa seolah-olah dicucuk dengan jarum pada tengkok semasa ruqyah di lakukan ditenguk. Dan merasa panas pada pinggang semasa ruqyah dibaca di pinggang. Rawatan ditamatkan dengan block Yasin empat penjuru.

     Apakah jin sudah mengalah? Aku pun tak tau. Apakah akan ada serangan baru? Aku pun tak tahu. HASBIYALLAHULAAILLAHAILLAHU 'ALAIHITAWAKKALTU WAHUWA ROBBIL 'ARSYIL 'AZIM

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails