Monday, 27 August 2012

Surah Al-Ankaboot Ayat 2~3

Monday, 27 August 2012


Allah uji azazil dengan Adam a.s, akhirnya barulah nyata kesombongan yang selama ini hanya tersembunyi di dalam hatinya.
Ada yang berkata Nabi Ayub a.s kuat beribadat kerana nikmat yang Allah kurniakan padanya.
Maka Allah uji dengan bala bencana, maka terbuktilah iman suci murni Nabi Ayub a.s yang selama ini cuma terpendam di dalam hatinya. Allah uji kita untuk mengeluarkan perkara-perkara yang selama ini tersembunyi di dalam hati kita.
Di atas apa yang menimpa kita hari ini, apa agaknya rahsia kita yang hendak dibongkarkan agaknya?
Selama ini kita mungkin lalai, tapi entah-entah Allah nak membongkarkan iman yang selama ini tersembunyi di dalam hati.
Selama ini kita sangat taat, tapi entah-entah Allah nak membongkarkan kibir yang selama ini tersembunyi di dalam hati.


0 comments

Thursday, 23 August 2012

Menghadapi anak hyperaktif

Thursday, 23 August 2012

Copy & paste dari Rawatan Islam Jengka
Saudara pembaca yang budiman.
Anak-anak adalah merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dalam keluarga.  Tanpa kehadiran anak-anak dalam sesebuah keluarga, ibarat tidak lengkap bahtera perkahwinan yang dibina. Hidup terasa sunyi, jiwa terasa kosong dan terasa ada yang tidak kena. Ya... kehadiran anak-anak menjadi penyejuk mata kedua-dua orang tua. Melihat keletah mereka cukup membuatkan kehidupan menjadi indah dan ceria.
Sewajarnya kita sentiasa bersyukur kepada anugerah Allah yang tidak ternilai dengan kehadiran cahaya mata, namun jika ditakdirkan kita menerima anak-anak hiperaktif, bagaimana? Sanggupkan kita bersabar melayan kenakalan dan tingkahlaku anak-anak yang melampaui tahap normal? Sesetengah orang senang berkata bahawa hiperaktif adalah anak yang degil dan keras kepala...betul ke?
Saudara,
Saya terpanggil menulis artikel ini ekoran ada satu pasangan yang mengadu mengenai dua orang anaknya yang hiperaktif. Pasangan ini begitu buntu dan susah hati melihatkan gelagat buas dan nakal anak-anaknya. Saya sebenarnya lagilah  buntu untuk membantu mereka kerana apalah sangat ilmu saya untuk merawat kes sebegini. Untuk tidak menghampakan harapan mereka, saya berjanji untuk membantu setakat mana yang termampu oleh saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah untuk menyembuhkannya. Sehingga artikel ini ditulis, saya belum lagi merawat anak mereka..
Sebagai manusia yang diberikan akal dan hidup berlandaskan ajaran Islam, yakinlah bahawa setiap pemberian dari Allah (termasuk anak hiperaktif) ada hikmahnya yang tersendiri. Bersabarlah menerima dugaan anak hiperaktif dan layanlah mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak-anak yang  menjadi penyejuk mata kita. Lazimkanlah membaca doa di bawah ini setiap kali selesai solat 5 waktu:
DOA DISIPLINKAN ANAK
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya: 
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

Lebih elok ibu bapa membaca doa ini dan ditiupkan ke ubun-ubun anak-anak ketika anak-anak sedang tidur dengan niat dalam hati......
Sebagai tambahan boleh juga dibaca kombinasi doa berikut:
1.      Surah Al-Fatihah
2.      Surah Al- Hasyr (ayat 21 – 24) iaitu Doa Pemecah, mudah-mudahan Allah turunkan darjah hiperaktifnya ke tahap normal
3.      Surah Toha (ayat 1 – 5) iaitu Doa Pelembut Hati, mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya agar mendengar kata dan nasihat yang berguna, sebagaimana kisah Sayyidina Umar lembut hatinya mendengar bacaan surah ini dan memeluk Islam.
Saudara,
Marilah kita kembali kepada doa dan kaedah rawatan Islam untuk menangani apa jua kes zahir dan batin. Mudah-mudahan hidup kita semua diberkati Allah. Aminnnn.
Sekian, terimalah sedikit perkongsian ilmu daripada saya yang jahil ini. Semoga berjumpa lagi.


0 comments

Hikmah Doa Penahan

Dari blog Rawatan Islam Jengka

Hikmah Doa Penahan (2)

Saudara pembaca yang budiman.
Tulisan kali ini diterbitkan atas permintaan seorang pemuda yang menelefon saya dari Selangor bertanyakan tentang doa penahan.  Beliau telah menghidap penyakit lemah pundi kencing atau tidak dapat mengawal kencing selama 10 tahun.  Beliau turut meminta dituliskan doa tersebut dalam tulisan rumi kerana lemah dalam tulisan jawi.
Sebenarnya catatan mengenai doa penahan ini telahpun saya terbitkan pada 31 Oktober,2011 bertajuk Hikmah Doa Penahan.
Mudah-mudahan tulisan ini boleh dijadikan ikhtiar merawat penyakit beliau dan juga kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah SWT.
Doa Penahan:
Doa no 2: tabbat ya da abii lahabin watab
Doa no.3 : wassyam sutajri limus taqarri laha
Doa no.4 : ya ardhub la’i maa aki wa ya samaa’ u’akli’i.
Kaedah perawatan:
·         Baca selepas setiap kali solat. Sediakan air berdekatan untuk mudah ditiup selepas membaca amalan ini. 
·         Apabila membaca ayat no. 2, 3, dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit, tarik dan tahan nafas selama 5 saat kemudian hembus ke dalam air. Air digunakan untuk minum. InsyaAllah 
Doa ini boleh juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yang tidak berhenti dan sebagainya. InsyaAllah, amalkan dengan yakin semoga mujarab. Kita hanya berusaha. Setelah berusaha, serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. 
Sekian...jumpa lagi. assalamu'alaikum.


0 comments

Wednesday, 22 August 2012

Kesan Lalai Dari Mengingati Allah...

Wednesday, 22 August 2012

Hari ini beberapa kali terasa musuh-musuh cuba menembusi jasadku dari lutut kanan.

Akhirnya terserlah kejayaan mereka menembusi jasadku apabila jari-jari tanganku ditarik-tarik dari dalam jasad.

Sememangnya beberapa hari ni aku banyak lalai dari mengingati Allah dek berbagai-bagai urusan dan cubaan.

Begitulah sunnatullah, sepertimana yang disebutkan di dalam surah Az-Zukhruf ayat 36:

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.  

Semoga Allah melindungi hatiku dari dikuasai oleh musuh-musuh yang telah menembusi jasadku.

Juga kepada yang telah menceroboh jasadku, bersedialah untuk berhadapan dengan pertolongan Allah. Sememangnya aku tak berdaya apa-apa, hanya kepada Allah aku berserah.

La' Hayyun, La' 'Alimun, La' Qadirun, La' Muridun, La' Sami'un, La' Basirun, La' Mutakkalimmun, Bil Haqqi ILLALLAH

Ketahuilah bahawa azab Allah itu adalah sangat keras. Mampukah kamu menghadapi azabNya? Fikirkanlah baik-baik. Gunakanlah akalmu sebelum kamu menggunakan kudratmu.

Juga tujuan aku mencoretkan pengalaman aku ni, supaya menjadi teladan bagi kita semua. Semoga hati kita sentiasa terhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa pada setiap waktu dan keadaan.   


0 comments

Wednesday, 8 August 2012

Catatan Rawatan: Jin Yahudi Kembali Lagi

Wednesday, 8 August 2012

     Setelah beberapa bulan hidup dalam aman, gangguan yang menyebabkan jari-jari seorang anak bergerak-gerak sendiri datang lagi.  Jin mengaku dihantar orang dan jin pula beragama Yahudi. Namun seperti biasa, aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri aje dengan statement-statement dari pihak jin. Seperti biasa, dakwah dan tanzir menjadi pembuka bicara. Namun "rundingan damai" mengalami jalan buntu. Jin pengganggu tidak mahu menerima Islam. Peringatan supaya berhenti dari mengganggu anak tersebut pun tidak dipersetujui juga. Maka tiada jalan lain, ruqyah pun dimulakan. Teknik racuh menjadi pembuka ikhtiar, namun tidak berkesan. Aku tiru pula kaedah saudara Hairuzi. Aku copy & paste gangguan pada kipas, tapi nampaknya tak banyak kesan.

     Ruqyah dibacakan sambil aku menekan-nekan point-point yang disyaki menjadi tempat tinggal jin-jin tersebut. Apabila ditekan pada pangkal tumit setiap kaki, kedua-dua kaki anak itu pula mula bergerak. Kasihan melihat anak itu keletihan, aku mohon pada Allah untuk memasak tangan dan kaki anak itu supaya tidak boleh digerakkan oleh jin. Aku ikhtiarkan dengan teknik pasak Yasin Yasin Yasin Yasin sambil menekan tangan / kaki anak itu. Alhamdulillah berkesan. Tapi tangan kiri anak itu pula mula bergerak. Aku mohon Allah pasak lagi. Alhamdulillah berhenti. Aku teruskan dengan ruqyah Surah As-Sofaat ayat 1-10 sebanyak 71x. Tangan dan kaki anak tersebut tidak bergerak kerana telah dipasak. Tapi gerak hati aku berkata, jin belum habis keluar lagi. Terkadang mata anak itu melilau ke sana ke mari walaupun sebenarnya telah tertidur dek ruqyah yang begitu panjang.

    Aku ruqyah pula dengan asmaul husna "Ya Latif" lebih kurang 1000x. Terdapat pergerakan sedikit sebanyak pada jari-jari anak tersebut. Ikhtiar diteruskan lagi dengan kaedah bakar tempat persembunyian. Aku mohon Allah bakar semua tempat persembunyian jin berserta jin yang bersembunyi di dalam badan, sambil membaca ruqyah Jibrail dan menekan point-point pada badan. Anak itu terasa seolah-olah dicucuk dengan jarum pada tengkok semasa ruqyah di lakukan ditenguk. Dan merasa panas pada pinggang semasa ruqyah dibaca di pinggang. Rawatan ditamatkan dengan block Yasin empat penjuru.

     Apakah jin sudah mengalah? Aku pun tak tau. Apakah akan ada serangan baru? Aku pun tak tahu. HASBIYALLAHULAAILLAHAILLAHU 'ALAIHITAWAKKALTU WAHUWA ROBBIL 'ARSYIL 'AZIM

 


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails