Friday, 20 July 2012

Merawat Sakit Ringan Tapi Berisi (Perkongsian Ilmu)

Friday, 20 July 2012

Asalamualaikum wbt.

Kadang-kadang kita menghadapi sakit yang ringan, seperti sakit kepala, lenguh-lenguh atau sakit-sakit pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan, contohnya kaki dan sebagainya. Jangan terkejut, kadang-kadang sakit yang dihadapi itu mungkin ada "isinya," yakni makhluk halus.

Isteri aku dah lebih sebulan mengadu sakit kaki pada kedua-dua tumitnya. Mulanya aku ingatkan sakit biasa aje, jadi aku suruhlah isteri aku sapu minyak urut ke yokoyoko ke.... Tapi sakitnya tak hilang-hilang juga. Bila isteri aku kata sakit kaki tu paling kuat lepas bangun tidur dan lepas mahgrib, aku mula syak sesuatu. Satu pagi, aku saja try scan. Ternyata ada kewujudan makhluk halus. Rawatan pun diteruskan, dan tiba-tiba sakit di sebelah kaki kanan hilang begitu saja. "Magic !," kata isteri aku. Sakit kaki di sebelah kiri masih ada, tapi sudah berkurangan. Selepas beberapa minggu, sakit di kaki kiri menjadi-jadi balik. Aku usahakan pula rawatan kedua. Lagi sekali, tiba-tiba sakitnya hilang begitu saja. "IMMEDIATELY" lepas rawatan. MASYA ALLAH, tiada yang berlaku melainkan adalah ketentuan ALLAH semata-mata. Jadinya, confirmlah punca kesakitan adalah makhluk halus. Tergerak pula aku nak berkongsi kaedah yang aku gunakan dalam rawatan kali ni. 

KAEDAH RAWATAN SAKIT RINGAN TAPI BERISI:

Step 1: Ubat tempat sakit

  1. Istigfar 3x 
  2. Baca Fatihah 1x
  3. Doa minta Allah hilangkan sakit dan dimusnahkan kebatilan yang menjadi asbab kepada penyakit.
  4. Letak tapak tangan atau hujung jari telunjuk pada tempat yang sakit.
  5. Bacakan Bismillah 5 lebih kurang 7x.
  6. Tiup tempat sakit.

Step 2: Singkirkan asbab penyakit

  1. Doa minta Allah buka ikatan yang mengikat kebatilan-kebatilan yang menjadi asbab penyakit sekiranya ada.
  2. Baca Surah Al-Fath ayat 1 - 3 sambil mengores-goreskan tempat sakit dengan jari telunjuk.
  3. Doa minta Allah tarik keluar asbab penyakit dan hantar ke mana-mana tempat yang patut. Aku biasa minta Allah hantar ke Serambi Madinah.
  4. Baca surah Yasin ayat 9 + Surah An-Naml 30-31 dan tiup pada tapak tangan.
  5. Buat aksi menarik pada tempat yang sakit dan buang dengan kalimah Allahu Akbar ... Lebih kurang 5x.

Sekian, mudah-mudahan bermanfaat.


1 comments:

Muslimah Abaya said...

Tn apa itu bismillah 5

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails