Thursday, 5 July 2012

Apa nak buat kalau keluarga di ganggu Jin / sihir?

Thursday, 5 July 2012

Hari tu aku ada share tentang bagaimana nak kesan gangguan jin pada ahli keluarga...

Hari ni Insya Allah aku share apa nak buat kalau ada gangguan pulak...

Caranya senang aje:

  1. Bacakan ayat-ayat ruqyah pada air minuman keluarga. Mohon Allah jadikan air itu ibu ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit manusia. Hari-hari bagi semua ahli keluarga minum air ruqyah tu. Kat rumah mesti minum air ruqyah. 
  2. Sama juga bacakan ayat-ayat ruqyah pada madu. Bagi ahli keluarga minum madu ruqyah 2 atau 3 kali sehari.
  3. Bacakan ayat-ayat ruqyah pagi sekali dan petang sekali. Mohon Allah lindung dari segala malapetaka dan kejahatan makhluk.
  4. Baca Yasin selepa Isyak. Sama juga mohon Allah lindung dari segala malapetaka dan kejahatan makhluk.
  5. Baca Al-Quran dengan taddabur sekurang-kurangnya suku hizib. Kalau dapat satu juz lagi mantap... Tapi aku pun tak mampu nak buat sampai satu juz.
  6. Baca Surah As-Sajdah dan Al-Mulk sebelum tidur.
  7. Pasangkan mp3 ruqyah dari menjelang Mahgrib hingga Subuh esoknya. Masa tidur pasang low volume lah... Karang tak tidur pulak.
  8. Bangun tahajjud. Selepas tahajjud ruqyahkan ahli keluarga yang sakit sebagaimana diterangkan dalam entry "bagaimana nak kesan gangguan jin." Sampai bila nak buat? Sampai sembuh... Kalau tak sembuh-sembuh, buatlah sampai mati. Macamana kalau pesakit kerasukan masa baca? Baca aje lagi banyak-banyak sampai dia diam. Pedulikan apa yang jin cakap. Buat tatau aje. Kalau tak diam-diam juga? Kalau tak diam, kita pulak duduk diam-diam sampai dia diam.
  9. Jangan buka TV menjelang Mahgrib hingga ke Subuh.
  10. Jangan pasang muzik / lagu-lagu yang lara... Pengalaman aku, lagu Maher Zain pun pendinding rumah aku boleh bocor... Kalau nak pasang juga... Suka hatilah... sendiri buat sendiri tanggung.
  11. Jaga zikir 3 serangkai setiap hari. Apa itu zikir 3 serangkai ? Laillahaillallah 100x, Selawat 100x, Istigfar 100x
  12. Taat pada segala perintah Allah. Tinggalkan segala larangan Allah.
  13. Jaga segala sunnah yang kita tahu... Sunnah masuk tandas, sunnah tidur, sunnah makan, sunnah masuk rumah.
  14. Buat majlis taklim sekali sehari. 10 minit pun tak apa.
  15. Kalau gangguan adalah jenis sihir dan berulang-ulang, yang ini kena kasi serang balas. Tapi bab ni tak dapeklah aku nak tulis dalam blog. Ada baiknya korang terus jumpa guru-guru aku... Ustaz Abdul Majid ke, Ustaz Wan Asrul ke...

Amacam... senang aje kan. Step-step ni memang aku pernah buat. Insya Allah kalau tak sembuh 100% pun memang banyak membantu...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails