Friday, 22 June 2012

Rahsia Menghadapi Gangguan Syaitan

Friday, 22 June 2012
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (98)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. (99)

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.(100)

[Surah An-Nahl : 98-100]

Untuk menghadapi gangguan syaitan termasuklah gangguan jin / sihir, apa yang aku faham dari perintah ALLAH di atas ialah:
  1. Jauhkan dari melanggar SEGALA perintah ALLAH, apatah lagi syirik terhadapnya. Termasuk di dalam syirik adalah berubat dengan kaedah-kaedah yang menggunakan pertolongan jin.
  2. Mintalah pertolongan dan perlindungan ALLAH. Kalau nak telefon ALLAH dengan lebih cepat, gunakanlah talian broadband seperti solat hajat di sepertiga malam, Yasin, Yasin 7 mubin dan sebagainya... Kalau pakai dial-up pun ok, tapi slowlah sikit...
  3. Setelah berusaha, serahkan segala urusan kepada ALLAH.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails