Sunday, 3 June 2012

Jangan Berputus Asa

Sunday, 3 June 2012
Ada waris yang sekarang ini berada di wad ICU. Sebelah paru-parunya sudah rosak. Manakala sebelah lagi pula dijangkiti kuman. Pesakit pula dalam keadaan koma.

Isteri aku bertanya, "kalau berjaya sedar pun boleh selamat ke bang? Sebelah paru-paru dah rosak. Kalau hati, bolehlah juga diganti baru. Paru-paru boleh ganti ke bang?" Aku pun tak tau nak cakap apa...

Malamnya aku baca Quran, Allah menjawab soalan kami dengan surah Yusuf ayat 87 dibawah:


Rupa-rupanya Allah ingatkan kami, jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah, walaupun betapa teruknya keadaan. Cuma orang-orang yang tidak percaya kepada Allah (kafir) sahaja yang berputus asa dari rahmatNya.

Mudah-mudahan kita semua mendapat taufik dariNya.........

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails