Monday, 18 June 2012

Dari blog Fuad Latip

Monday, 18 June 2012



Copy & Paste dari blog Fuad Latip

Sesuatu yang sangat mudah dilakukan namun seringkali diabaikan…. berkomunikasi dengan Allah apa jua yang difikirkan dalam apa jua keadaan dan masa. Saudara akan rasakan sendiri saudara bertambah sedar denganNya dan hari ke hari akan lebih yakin dengan Allah SWT.


Cinta , sedar dan yakin adalah persoalan JIWA. Namun komunikasi adalah kelakuan. Maka yang mampu, mudah dan praktikal adalah berkomunikasi dengan Allah. Lalu akan memberi kesan yang besar pada cinta, sedar dan yakin.

Tidak sekadar PERCAYA dan YAKIN ADANYA Allah.

Tetapi PERCAYA dan YAKIN PADA ALLAH. Sepertinya hanya sedikit saja bezanya. Namun hakikatnya ia amat besar bezanya.

Ramai yang Yakin ADA-NYA.

Namun ramai yang TIDAK Yakin PADANYA.

Cara paling mudah dan asas adalah BERKOMUNIKASI. Ia akan mewujudkan rasa CINTA kita padaNya. Kita akan sentiasa rasa Dia sentiasa ada bersama di mana jua kita berada. Lalu KESEDARAN kita padaNya sentiasa kekal dan bertambah saat ke saat.

Ketika kita terus hidup dalam KESEDARAN padaNya, kita melihat segala sesuatu perkara dalam KESEDARAN. Tingkah laku kita terjaga. Kita tidak lagi berasa keseorangan di mana ketika berasa keseorangan, kita mudah melakukan keburukan. Solat kita mudah dan cepat terus SEDAR padaNya.

Ketika kita berada dalam KESEDARAN padaNya, KEYAKINAN kita padaNya akan meningkat dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini.

Di ketika keyakinan kita kuat dan kukuh, kita tidak akan bersandar lagi kepada selain daripadaNya. Kita akan benar-benar berserah padaNya.

Berserah itu bukan sekadar menerima apa yang telah terjadi tetapi kita benar-benar menerima kehendakNya. Kita mengikut apa yang telah diperintahkan dan ditetapkan. Kita menjalani kehidupan dengan menerima sunnatullah.

Tingkatkan keyakinan kita agar TIDAK sekadar YAKIN ADA-NYA, namun kita benar-benar kuat dan kukuh YAKIN PADANYA.

Cara mudah yang boleh dilakukan terus saat ini adalah… BERKOMUNIKASI denganNya apa yang difikirkan saat ini.

Fuad Latip - 17 Jun 2012

[note] dibenarkan dan terima kasih kerana sudi menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails