Monday, 7 May 2012

Seruan Jihad Untuk Sahabat-Sahabat Yang Diganggu Oleh Jin / Sihir

Monday, 7 May 2012
Ada pesakit yang tak mahu beramal dengan amal-amalan zikir sebab takut digoncangkan oleh jin. Ada juga abang yang tak mahu tolong adik sebab takut diri / keluarga diserang balas. Tak dinafikan serang balas memang lumrah dalam rawatan gangguan mistik.

Tapi, perintah Allah di dalam surah At-Taubah:

Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman? (9:13)

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. (9:14)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (9:51)





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails