Thursday, 3 May 2012

Catatan Rawatan: Gangguan Menghalang Sekolah 1

Thursday, 3 May 2012
     Sudah hampir 4 bulan Fitri menghadapi gangguan apabila hendak ke sekolah. Kadangkala, apabila hendak ke sekolah pasti ada gangguan pelik yang berlaku. Adakalanya jari-jari tangannya bergerak sendiri, ada masanya kakinya menjadi terlalu berat untuk diangkat, ada masanya matanya tidak boleh dibuka, ada masanya Fitri terlihat makhluk-makhluk aneh lagi menakutkan menunggunya di depan pintu pagar sekolah. Tetapi akhir-akhir ini, yang paling kerap ialah Fitri akan merasa sesak nafas apakala hampir tiba ke sekolah.
 
     Pagi ini pun Fitri diganggu lagi. Semasa di dalam kereta lagi Fitri sudah merasa sesak nafas. Manakala, tangan kanannya pula sudah membuat bentuk seolah-olah bentuk ular tedung. Tiada apa dapat dilakukan lagi, bapa Fitri membawanya pulang ke rumah.

     Sesampainya dirumah, nafas Fitri sudah semakin lega. Tapi tangannya masih lagi bergerak seolah-olah ular tedung bergerak. Bapa Fitri membuat keputusan untuk berdialog dengan makhluk yang menganggu.

  • Bapa Fitri : Setelah membaca Bismillah 5, diikuti dengan Surah An-Namlu 30-31, bapa Fitri berkata, "Dengan Nama Allah dan Dengan izin Allah, jawablah segala soalan saya. Adakah kamu ini jin saka?"
  • Jin ular : "Ya."
  • Bapa Fitri: "Adakah kamu saka dari sebelah bapanya?"
  • Jin ular : "Ya"
  • Bapa Fitri: "Jadi kamu ni keturunan Mandailing lah ?"
  • Jin ular : "Ya"
  • Bapa Fitri : "Biar betul kamu ni... Ya Allah, aku mohon kepadaMu supaya dibakarlah makhluk ini jika dia menipu," kata bapa Fitri sambil membaca selawat tafrijiyah dan ditiupkan ke arah jin ular.
  • Bapa Fitri : "Sekali lagi aku tanya, adakah kamu ini jin saka?"
  • Jin ular : "Tidak."
  • Bapa Fitri : "Ooo... kamu nak tipu aku tadi ye? Jadi kalau bukan saka, siapa kamu? Adakah kamu dihantar orang?"
  • Jin ular : "Ya."
  • Bapa Fitri :"Adakah kamu ada agama?"
  • Jin ular : "Ya."
  • Bapa Fitri : "Kamu beragama Islam?"
  • Jin ular : "Bukan."
  • Bapa Fitri : "Kristian?"
  • Jin ular : "Bukan."
  • Bapa Fitri : "Hindu?"
  • Jin ular : "Bukan."
  • Bapa Fitri : "Buddha?"
  • Jin ular : "Bukan."
  • Bapa Fitri : "Yahudi?"
  • Jin ular : "Ya..."
  • Bapa Fitri : "Oh.. ada juga jin yahudi di Malaysia ni ye.."
  • Bapa Fitri : "Kamu tahu Islam?"
  • Jin ular : "Tidak."
  • Bapa Fitri: "Biar aku terangkan apa itu Islam," kata bapa Fitri, seterusnya menerangkan apa itu Allah, Islam, Syurga, Dan Neraka.
  • Bapa Fitri: "Kamu nak masuk Syurga atau Neraka?"
  • Jin ular : Diam... tidak menjawab
  • Bapa Fitri: "Kamu nak masuk Islam?"
  • Jin ular: "Tak mahu"
  • Bapa Fitri: "Baiklah, tiada paksaan dalam agama. Tapi aku ingatkan kamu, zalim untuk jin menceroboh tubuh badan manusia. Kamu mahu keluar?"
  • Jin ular: "Tak mahu."
  • Bapa Fitri: "Adakah jin-jin lain yang bersama-sama dihantar untuk menganggu?"
  • Jin ular: "Ada."
  • Bapa Fitri : "Adakah kamu ketua mereka?"
  • Jin ular: "Bukan."
  • Bapa Fitri: "Panggil ketua kamu, aku nak bercakap dengan ketua kamu?" kata bapa Fitri sambil membaca surah An-Namlu 30-31 lagi.
  • Tidak lama kemudian, gerakan pada tangan Fitri berubah menjadi bentuk lain pula.

BERSAMBUNG......


Moral of the story: Jin apatah lagi syaitan adalah makhluk yang sangat gemar menipu. Dialog dengan mereka hanyalah dibenarkan untuk tujuan dakwah. Apa sahaja yang dikatakan oleh mereka, haruslah di "DISMISS" kan...



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails