Wednesday, 2 May 2012

Berhentilah Bertelingkah Wahai Umat Islam

Wednesday, 2 May 2012

[Surah Al-Anfal : 73]

Jangan kata Allah tak pesan.
Allah dah bagitau, orang-orang kafir sesetengahnya menjadi penolong yang lain.
Manakala, kalau umat Islam tidak bantu-membantu sesama sendiri, nescaya berlaku kerosakan besar di muka bumi.
Fikir-fikirkanlah...
Kadang-kadang pelik juga. Kita boleh bertolak ansur dan bekerjasama dengan orang-orang kafir, tapi bertelingkah pula sesama sendiri...

Wahai saudara-saudaraku, marilah kita kembali membaca Quran dengan taddabbur setiap hari. Yang berlaku sekarang ini ialah kerana:
  1. Kita telah meninggalkan amalan pembacaan Quran dan hadis.
  2. Kalau baca pun, kita baca tanpa pemahamam.
  3. Kalau faham pun, kita baca tanpa ada niat nak amalkan.

Marilah kita baca Quran setiap hari dengan taddabbur, disamping niat untuk amal dan sampaikan. Mudah-mudahan menjadi penyebab terhasilnya cahaya dalam dunia kegelapan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails