Friday, 25 May 2012

Bagaimana nak menghalang azab Allah?

Friday, 25 May 2012


Allah berpesan dalam surah Hud, azab Allah tidak akan turun selagi kita saling memperbaiki keadaan kita, iaitu mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan.

Antara perkara-perkara yang aku rasa kita perlu baiki kat Malaysia ni ialah:
  1. halang diri kita dan kawan-kawan kita mengumpat masa bersembang kat kedai kopi, ataupun dalam facebook. By the way, sebagai peringatan, MENGUMPAT maksudnya bercerita tentang sesuatu perkara yang tidak disukai oleh orang lain walaupun perkara itu benar. Kalau tak benar, tu bukan mengumpat lagi, bahkan dah jadi FITNAH pulak...
  2. halang diri kita dan kawan-kawan kita dari mempermain-mainkan sahabat yang lain walaupun tujuan untuk bergurau. Selalu terjadi, dalam satu kereta nak pergi Solat Jumaat pun dok asyik kutuk antara satu sama lain. Baik buka kitab taklim dalam kereta, sorang pakat baca, yang lain pakat dengar...
  3. halang anak-anak kita dan kawan-kawan anak kita dari melepak kat tepi simpang. Satu senario yang sangat biasa anak-anak muda melepak kat simpang-simpang kat kampung-kampung. Kadang-kadang dah azan Mahgrib pun masih dok kat simpang jugak lagi..... Aduh.. di mana Islam kita ni... Ehh, ada tau hadis Nabi s.a.w yang melarang dari melepak kat tepi simpang. Nanti kalau aku jumpa, aku tulislah dalam blog.
  4. pastikan diri kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita sentiasa memberatkan solat. Kat rumah, kalau masa orang lelaki tak pergi masjid, sepatutnya seluruh keluarga solat berjemaah. Untuk solat fardhu, tak sepatutnya kita tengok bapa solat lain, anak solat lain, emak solat lain... MESTI solat berjemaah dalam keluarga pada masa-masa yang lelaki tak pergi masjid.
  5. ajak diri kita dan keluarga kita untuk kurang-kurangkan tengok TV tu... Banyak mungkar dalam TV tu beb.....
  6. ajak diri kita dan keluarga kita dan sahabat-sahabat kita untuk baca Quran dengan pemahaman dan taddabur setiap hari. Apa beza baca dengan pemahaman dan baca dengan taddabbur? Aku tak nak hurai kali ni.. Cuba korang yang kaji dan share kat aku...
  7. pastikan diri kita, isteri kita dan anak-anak kita tutup aurat dengan sempurna. Aku selalu marah isteri aku pasal keluar rumah pakai tudung tapi pada masa yang sama pakai T-shirt lengan pendek. Tu tak tutup aurat namanya tu... Cuba bukak kitab balik tentang definasi aurat. Anak-anak kita yang nak pergi main bola tu pun, pastikanlah tak pakai seluar pendek. Tu cari pasal dengan Allah tu namanya....
  8. promote diri kita dan keluarga kita untuk jaga sunnah-sunnah harian. Sunnah makan, sunnah masuk tandas, sunnah tidur dan lain-lain lagi. Antara sunnah nak tidur ialah berwuduk sebelum tidur, berapa orang ada buat cuba angkat tangan? Antara sunnah masuk tandas ialah tutup kepala, berapa orang ada buat cuba angkat tangan? Antara sunnah makan ialah membasuh KEDUA-DUA TANGAN HINGGA KE PERGELANGAN TANGAN, bukan main cuci-cuci hujung jari je, berapa orang ada amal cuba angkat tangan? Sebenarnya, penghayatan sunnah kat Malaysia masih berada kat level yang sangat-sangat rendah. Manalah rahmat Allah nak turun..
  9. dan banyak lagi...

Panjang-panjang aku tulis ni sebenarnya peringatan untuk diri aku aje... Janganlah korang terasa pulak...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails