Saturday, 12 May 2012

Bagaimana Merawat Kesedihan Akibat Kehilangan Orang Tersayang

Saturday, 12 May 2012
Sebuah artikel mengatakan "mood" manusia secara tidak langsung dipengaruhi oleh serotonin (5-HT), norepinephrine (NE) dan dopamine (DA).Tuan-tuan bacalah sendiri di http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17389902

Manakala, sebuah kajian lagi tentang talbina pula mengatakan, pengambilan talbina meningkatkan kandungan norepinephrine (NE), dopamine (DA) dan serotonin (5-HT). Tuan-tuan bacalah sendiri di http://www.idosi.org/aejsr/5(2)10/8.pdf

Sebuah hadis dari Rasullullah (s.a.w) di dalam sahih Bukhari.
Telah disampaikan kepada kami oleh Yahaya bin Bukair, telah menceritakan kepada kami oleh Al-Laits daripada Uqail daripada Ibnu Syihab daripada Urwah daripada Aisyah r.an.ha, isteri Nabi S.A.W bahawa, "Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbina untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya. Aisyah r.an.ha berkata, "Makanlah. Saya pernah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda, "Bubur talbina dapat melegakan hati orang sedang sakit dan menghilangkan perasaan dukacita."
[Hadis riwayat Bukhari]

Sebuah lagi hadis Rasullullah (s.a.w) pula berbunyi:
Di dalam sahih Muslim, Ibn Majah, Imam Ahmad dan Al-Tirmidzi.
Imam Ahmad menyebut di dalam sebuah hadis, telah diceritakan kepada kami oleh Abu Ahmad al-Zubairi telah menceritakan kepada kami oleh Aiman daripada Ummu Kalthum daripada Aisyah, beliau berkata, "Jika Rasullullah s.a.w diberitahu bahawa si pulan sakit dan tidak mahu makan apa pun, baginda bersabda, "Buatlah bubur talbina dan suapkanlah kepadanya. Demi Zat yang diriku ada dalam genggaman-Nya sesungguhnya bubur talbiha mampu membersihkan perut salah seorang di antara kamu sebagaimana di antara kamu membasuh mukanya dengan air dari kotoran."

MAKA BENARLAH ALLAH DAN RASULNYA (S.A.W)...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails