Saturday, 14 April 2012

Nasihat untuk mereka yang diuji dengan gangguan jin / sihir

Saturday, 14 April 2012

Dah puas berubat ke sana ke mari, dah puas mandi limau, dah puas minum madu, dah puas pagar rumah, dah puas dengar ruqyah...



Tapi bila gangguan mula nak reda, tup tup kena top up lagi...



Kadang-kadang memang boleh mengoyahkan hati...



Kata Allah:



تِلْكَ مِنْ أَنبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهَا إِلَيْكَ ۖ مَا كُنتَ تَعْلَمُهَا أَنتَ وَلَا قَوْمُكَ مِن قَبْلِ هَٰذَا ۖ فَاصْبِرْ ۖ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ



Itulah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); engkau dan kaummu tidak pernah mengetahuinya sebelum ini. Maka bersabarlah, sungguh, kesudahan (yang baik) adalah bagi orang yang bertakwa.

[Surah Hud : 49]



Sebelumnya Allah menceritakan tentang kisah Nabi Nuh a.s. Bagaimana kesusahan yang mereka hadapi dari orang-orang kafir. Tapi Allah memberikan janjinya, bersabarlah kerana kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.

Para sahabat r.a. sendiri pernah merasa goyah hatinya dan bertanya pada Rasullullah (s.a.w); bilakah pertolongan Allah akan datang. Kata Allah, sesungguhnya pertolongan Allah adalah amat dekat.

Sebab itulah aku nak nasihatkan sesiapa yang diganggu oleh jin mahupun sihir:

  1. Bersabarlah, jangan fokus sangat dengan gangguan yang makin kuat. Tapi ingatlah janji Allah, kesudahan yang baik sudah tentu untuk orang yang bertakwa.
  2. Beristiqamahlah dengan iman dan takwa.
  3. Beristiqamahlah dengan usaha-usaha rawatan walaupun kadang-kadang mugkin kelihatan seolah-olah tiada kesan. Sambil tu cubalah meneroka usaha-usaha rawatan baru yang tidak bercanggah dengan syarak.

Sekali lagi ingatlah, kesudahan yang baik TENTU untuk orang-orang yang bertakwa.

Sambil tu selalulah saling nasihat-menasihati dengan sabar di dalam keluarga dan sahabat taulan. Sebab nasihat yang baik sangat-sangat memberi manfaat kepada saudara kita yang berada di dalam kesusahan. Pernah sekali, masa gangguan pada waris aku tengah kuat, seorang sahabat menghantar sms yang bunyinya, "Saya nasihatkan supaya tuan bersabar dan istiqamah." Walaupun ringkas sms tu, betul-betul dapat menyejukan hati aku yang tengan sedih ketika tu... Tambahan lagi, nasihat tu datang dari seorang sahabat yang diuji Allah dengan ujian yang berjuta kali lebih berat dari apa yang aku hadapi... Maka terasa sangat malulah diri aku kerana sahabat yang lebih berat ujiannya pun mampu bersabar...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails