Wednesday, 18 April 2012

Mari Belajar Baca Quran Secara Online

Wednesday, 18 April 2012
Ada waris yang datang rumah aku sebab anak menangis lepas mahgrib tak henti-henti.
Lepas dibacakan ruqyah shar'i serba sedikit, ternyata tak ada gangguan tegar pada anak tersebut. Aku syak gangguan mungkin pada rumah pesakit.

Aku: Saya ingat mungkin gangguan kat rumahnya lah bang.. Cubalah abang mohon pada Allah untuk halau segala makhluk batil dari rumah,  sambil berikhtiar dengan membaca Ayat Kursi 3x dan 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah 3x... pada setiap ruang di dalam rumah...

Abang: 2 ayat terakhir surah Baqarah tu yang mana..

Aku: Ala... yang Aamanarrasulubima... tu

Abang: Abang tak tahulah ayat tu...

Aku: Tak tahu pun tak apa... baca sambil tengok Quran pun boleh...

Abang: Abang tak tau baca quranlah dik...

Jangan terkejut, tak sedikit dari kita di zaman sekarang ni yang tak boleh baca Quran.
Yang terbaik, tentulah cari guru dan mula belajar.
Tapi yang dah dewasa, sibuk pula dengan pekerjaan, tak mudah nak cari masa duduk depan guru.
Tergerak aku nak cuba bantu sahabat-sahabat kita ni.
Akhirnya terjumpa aku website kat bawah:

www.alim.org

Ada ayat Quran dalam tulisan arab, ada dalam tulisan rumi dan boleh dengar audio ayat demi ayat juga.
Terjemah pun ada, cuma terjemah dalam Bahasa Melayu tak ada la...
Rasanya dah tak ada alasan lagi untuk tak nak mula belajar baca Quran lagi kan kan kan.....



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails