Thursday, 26 April 2012

Bagaimana nak melindungi diri dengan pelindung yang paling mantap?

Thursday, 26 April 2012

Surah Al-A'raf ayat 196. Dan Dialah Pelindung orang-orang yang soleh. Makanya, kenalah jadi orang-orang yang soleh kalau nak dapatkan perlindungan Allah. Macamana nak jadi  orang soleh? Kalau ikut pendapat aku yang tak sekolah arab ni:



Dari segi fardu 'ain:

  1. Tunaikan segala amalan-amalan fardu. Tiada diskaun dalam amalan fardu.
  2. Jauhkan diri dari segala dosa & sybhat. Sama juga, tiada diskaun dalam menjauhkan diri dari dosa.
  3. Pilih beberapa amalan sunnah dan amalkan secara istiqamah.

Dari segi fardu kifayah pula:

  1. Tunaikan fardu kifayah dengan niat supaya diri kita akan menjadi manfaat bagi hamba-hamba Allah yang lain, dan pada masa yang sama elakan diri kita dari jadi mudarat pada hamba-hamba Allah yang lain.
  2. Senang cerita, jagalah hubungan sesama makhluk.
  3. Tunaikan amalan fardu kifayah sebaik mungkin. Maksudnya, kalau kita ni engineer, jadilah engineer yang terbaik. Kalau kita ni doktor, jadilah doktor yang terbaik. Kalau kita ni muallij, jadilah muallij yang terbaik.

Amacam? Ada bran tak nak jadi orang soleh??? Boleh dapat perlindungan Allah tu Beb... :)


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails