Friday, 20 April 2012

11 Faedah Dari Gangguan Jin / Sihir

Friday, 20 April 2012

Sepertimana yang diceritakan oleh seorang sahabat:

Sampai hari ni, dah dekat 4 bulan keluarga aku diganggu oleh jin / sihir.

Bila aku kira-kira, tak kurang 11 faedah aku dapat dari takdir Allah ni:

  1. Sekarang aku ada alasan untuk balik awal. Dulu aku selalu bertolak dalam pukul 9pm dari office, tapi sekarang rata-rata aku balik sebelum Mahgrib.
  2. Sekarang lepas Isyak aku sibuk baca Quran. Kalau ada serangan aku sibuk baca ruqyah. Tiada lagi aku membuang masa menonton cerita-cerita lara di TV. Anak aku pun dah tak sibuk tengok TV malam hari. Alhamdullillah, terselamatlah mereka dari segala macam fitnah yang dibawa oleh TV.
  3. Sekarang, kalau aku tak ke masjid, mesti aku dapat solat berjemaah dengan anak bini kat rumah. Tak ada lagi istilah solat sendiri-sendiri kat rumah aku.
  4. Kalau dulu aku buat taklim seminggu sekali aje, sekarang dah makin kerap aku dapat buat. Sebabnya, sekarang aku rajin balik awal.
  5. Dulu nak solat tahajjud, seminggu sekali pun susah. Sekarang hampir hari-hari aku dapat buat.
  6. Dulu hampir mustahil aku nak puasa sunat Isnin dan Khamis. Sekarang aku dah mula berjinak-jinak dengan puasa sunat, walaupun masih tak istiqamah lagi.
  7. Anak sulung aku yang masih sekolah rendah pun dah mula pandai zikir Tasbih Yunus pagi dan petang. Anak aku yang baru 4 tahun pun pandai zikir Tasbih Yunus walaupun pelat-pelat...
  8. Banyak teknik rawatan yang dulu aku pinggirkan, dah mula dapat aku praktikkan. Ye la... dulu takde seru nak pakai.... :)
  9. Aku dapat praktikkan amalan sabar dan redha... Baru aku faham rasanya... Macam orang belajar berenang, selagi tak kena campak dalam air, mana nak pandai...
  10. Bila aku buat rawatan tapi tak menjadi, baru aku faham hakikat La Hayyun, La 'Alimun, La Qadirrun, La Muriddun, La Sami'un, La Basirun, La Mutakallimun Bil Haqqi Illallah...
  11. Guru aku selalu cerita tentang Ilmu, Faham, Amal, Rasa.... Sekarang baru aku nak mula "RASA" sikit-sikit.....

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails