Monday, 5 December 2011

Kisah jujur dari blog Amalan Harian

Monday, 5 December 2011
Copy & paste dari blog amalan harian:

Seorang ibu datang kepada Imam Ahmad bin Hambal untuk mendapatkan
pandangan tentang pengalaman yang baru saja dialaminya. Dengan wajah
bimbang, ia bertanya, “Wahai Imam Ahmad, sesungguhnya saya ini perempuan
tidak punya apa-apa. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan tak punya
lampu untuk menerangi rumah kerana pada siang hari saya harus bekerja
mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga makan pada malam hari.”

Ibu
itu kemudiannya memberitahu bahawa pekerjaan yang dilakukannya ialah
merajut benang untuk di jual di pasar. Bagi tujuan itu, dia perlu
menunggu bulan mengambang kerana cahayanya yang terang membolehkannya
melakukan kerja tersebut.

Menurutnya lagi,
pada suatu malam, satu rombongan kafilah lalu dihadapan rumahnya dengan
membawa lampu yang sangat banyak. Lalu dia tidak mempersiakan peluang
itu bagi memintal beberapa lembar kapas sehinggalah rombongan itu
berlalu pergi.

Ibu itu kemudian bertanya
kepada Imam Ahmad, “apakah wang hasil penjualan benang yang saya pintal
dalam cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?”

Imam
Ahmad merasa kagum mendengar cerita ibu tadi lalu bertanya, “Siapakah
kamu yang begitu memberi perhatian terhadap perihal agama yang sebegitu
rupa di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?”

“Saya adalah saudara perempuan kepada Basyar Al Hafi Rahimahullah,” jawab si ibu, masih dengan kerendahan hatinya.

Mendengar
jawaban itu, Imam Ahmad menjadi sebak lalu menangis tersedu-sedu. Itu
adalah nama seorang Gabenor yang dikenali sebagai seorang yang beriman
dan beramal saleh. Seketika kemudian, Imam Ahmad terdiam tanpa menjawab
soalan ibu tersebut. Dalam pada masa yang sama dia sibuk berdoa memohon
rahmat atas Gabenor tersebut.

Kemudian barulah
Imam Ahmad berkata, “Sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu kenakan
itu adalah lebih baik daripada serban yang kami pakai. Sesungguhnya kami
ini tidak patut jika dibandingkan dengan orang-orang tua yang telah
mendahului kita, sedangkan kamu seorang perempuan yang luhur takwa dan
rasa takutnya kepada Allah.”

Imam Ahmad
berhenti seketika sebelum menyambung kembali, “Tentang pertanyaan kamu
tadi, sebenarnya, jika tanpa dengan keizinan rombongan kafilah itu, maka
tidak halal bagimu menggunakan wang dari hasil penjualan benang
tersebut.”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails