Thursday, 1 December 2011

Etika Perniagaan Di Dalam Islam

Thursday, 1 December 2011
"Dari sahabat Urwah Al Bariqy ra mengisahkan:
Rasulallah saw memberiku satu dinar agar aku membelikannya seekor kambing, kemudian akupun membeli dua ekor kambing dengan satu dinar yang diberikan Rasullullah, kemudian aku jual kembali seekor kambing dengan harga satu dinar, apabila aku datang menemui Baginda dengan membawa seekor kambing dan satu dinar. Kemudian Rasulallah saw mendoakan keberkatan kepada perniagaan arwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia akan memperolehi laba darinya." (Riwayat Abu Dawud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)

"Kedua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilih selama keduanya belum berpisah, bila keduanya berlaku jujur dan menjelaskan, maka akan diberkahi untuk merekapenjualannya, dan bila mereka berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan dihapuskan keberkahan penjualannya." (Muttafaqun 'alaih)


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu"
(An-Nisa 29)

"Dan cukupkanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil"
(Al-Anam 152)

"Celakalah bagi orang-orang yang menipu; iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkan (sukatan atau timbangan tersebut)"
(Al-Mutaffifin 1-3)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

“Al Adab Fiddin” oleh Imam Al Ghazali telah menggariskan beberapa adab yang harus pada para peniaga dan ahli korporat Islam.


  1. Janganlah membolot dan menindas perniagaan orang.
  2. Hendaklah jujur ketika menyukat. Janganlah mengurangkan sukatan atau timbangan.
  3. Ketika menimbang adalah digalakkan untuk melebihkan sedikit ataupun sukat secukupnya.
  4. Hendaklah menyukat degan cermat dan berhati-hati.
  5. Layanilah pembeli mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli seorang
    bangsawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika
    pembeli jiran , hendaklah dilebihkan.
  6. Harga jualan hendaklah berpatutan. Diingatkan bahawa pembeli akan bertambah sekiranya harga barang adalah berpatutan.
  7. Jangan sesekali membebankan orang bawahan sekiranya anda seorang pengarah.
  8. Jangan menolak permintaan dan tempahan seorang peminta dan jangan menghalang orang lain daripada mendapat perkhidmatan.
  9. Tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan.
  10. Selalu berusaha memperbaiki mutu barangan.
  11. Jika pembeli atau pelanggan berhutang dan ia tidak mampu membayar,
    lupuskan dengan menghalalkan kepadanya. Jika ia berhutang dan meninta
    tangguh untuk membayar keran kesuntukan wang, berikanlah ia masa. Jangan
    terlalu mendesak meminta hutang.
  12. Membeli alatan menyukat dengan orang yang jujur dan memastikan penyukat tersebut tidak rosak.
  13. Janganlah terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual
    sehingga mengelirukan pembeli dan berkata benarlah tentang barangan yang
    dijual.
  14. Jika ada kecacatan terhadap barangan. Beritahu kepada pembeli secara jujur dan jangan menyembunyikan kecacatan itu.
  15. Elakkan perasaan dengki ketika menaikkan harga barangan. Jangan
    naikkan harga barangan dengan terlalu tinggi lalu membebankan pembeli.
  16. Jauhilah berbohong ketika bercakap.
  17. Biarkan pembeli membuat keputusan untuk membeli barang, Jangan memaksa dan mempengaruhi pembeli.
  18. Kurangkan bergurau senda yang kurang baik dengan pembeli.
  19. Elakkan daripada bertengkar dengan pelanggan.
  20. Tunduklah pandangan daripada perkara yang haram.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails