Wednesday, 7 December 2011

Ucapan Terima Kasih Untuk Muslimat Yang Menutup Aurat

Wednesday, 7 December 2011
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa
yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
(QS. an-Nur [24]: 30-31)


Begitulah yang diperintahkan oleh Allah. Kata Iman Al-Ghazali, tidaklah kamu akan mampu menjaga kemaluanmu, melainkan kamu menjaga matamu.
Tahanlah pandangamu, tapi sebenarnya menjaga pandangan sangat-sangat mencabar di dalam zaman keruntuhan iman ini. Kadang-kadang bila bepergian ke tempat awam, sampai tak tahu nak letak kat mana mata ini. Nak pandang ke depan, tepi mahupun belakang memang tak boleh. Pandang ke bawah pun nampak kaki. Mendongak ke atas, kang kot jatuh dalam lubang pula.

Sebab itulah saya nak mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada semua muslimat yang menjaga aurat mereka. Menjaga aurat di negara yang panas seperti Malaysia ni memang mencabar. Semoga Allah mengurniakan sebesar-besar rahmatNya kepada kalian semua di atas pengorbanan kamu. Semua manusia berdosa, tetapi dengan pengorbanan kamu itu, semoga Allah memaafkan dan meredhai kamu semua hendaknya.





0 comments

Monday, 5 December 2011

Kisah jujur dari blog Amalan Harian

Monday, 5 December 2011
Copy & paste dari blog amalan harian:

Seorang ibu datang kepada Imam Ahmad bin Hambal untuk mendapatkan
pandangan tentang pengalaman yang baru saja dialaminya. Dengan wajah
bimbang, ia bertanya, “Wahai Imam Ahmad, sesungguhnya saya ini perempuan
tidak punya apa-apa. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan tak punya
lampu untuk menerangi rumah kerana pada siang hari saya harus bekerja
mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga makan pada malam hari.”

Ibu
itu kemudiannya memberitahu bahawa pekerjaan yang dilakukannya ialah
merajut benang untuk di jual di pasar. Bagi tujuan itu, dia perlu
menunggu bulan mengambang kerana cahayanya yang terang membolehkannya
melakukan kerja tersebut.

Menurutnya lagi,
pada suatu malam, satu rombongan kafilah lalu dihadapan rumahnya dengan
membawa lampu yang sangat banyak. Lalu dia tidak mempersiakan peluang
itu bagi memintal beberapa lembar kapas sehinggalah rombongan itu
berlalu pergi.

Ibu itu kemudian bertanya
kepada Imam Ahmad, “apakah wang hasil penjualan benang yang saya pintal
dalam cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?”

Imam
Ahmad merasa kagum mendengar cerita ibu tadi lalu bertanya, “Siapakah
kamu yang begitu memberi perhatian terhadap perihal agama yang sebegitu
rupa di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?”

“Saya adalah saudara perempuan kepada Basyar Al Hafi Rahimahullah,” jawab si ibu, masih dengan kerendahan hatinya.

Mendengar
jawaban itu, Imam Ahmad menjadi sebak lalu menangis tersedu-sedu. Itu
adalah nama seorang Gabenor yang dikenali sebagai seorang yang beriman
dan beramal saleh. Seketika kemudian, Imam Ahmad terdiam tanpa menjawab
soalan ibu tersebut. Dalam pada masa yang sama dia sibuk berdoa memohon
rahmat atas Gabenor tersebut.

Kemudian barulah
Imam Ahmad berkata, “Sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu kenakan
itu adalah lebih baik daripada serban yang kami pakai. Sesungguhnya kami
ini tidak patut jika dibandingkan dengan orang-orang tua yang telah
mendahului kita, sedangkan kamu seorang perempuan yang luhur takwa dan
rasa takutnya kepada Allah.”

Imam Ahmad
berhenti seketika sebelum menyambung kembali, “Tentang pertanyaan kamu
tadi, sebenarnya, jika tanpa dengan keizinan rombongan kafilah itu, maka
tidak halal bagimu menggunakan wang dari hasil penjualan benang
tersebut.”

0 comments

Thursday, 1 December 2011

Etika Perniagaan Di Dalam Islam

Thursday, 1 December 2011
"Dari sahabat Urwah Al Bariqy ra mengisahkan:
Rasulallah saw memberiku satu dinar agar aku membelikannya seekor kambing, kemudian akupun membeli dua ekor kambing dengan satu dinar yang diberikan Rasullullah, kemudian aku jual kembali seekor kambing dengan harga satu dinar, apabila aku datang menemui Baginda dengan membawa seekor kambing dan satu dinar. Kemudian Rasulallah saw mendoakan keberkatan kepada perniagaan arwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia akan memperolehi laba darinya." (Riwayat Abu Dawud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)

"Kedua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilih selama keduanya belum berpisah, bila keduanya berlaku jujur dan menjelaskan, maka akan diberkahi untuk merekapenjualannya, dan bila mereka berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan dihapuskan keberkahan penjualannya." (Muttafaqun 'alaih)


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu"
(An-Nisa 29)

"Dan cukupkanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil"
(Al-Anam 152)

"Celakalah bagi orang-orang yang menipu; iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkan (sukatan atau timbangan tersebut)"
(Al-Mutaffifin 1-3)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

“Al Adab Fiddin” oleh Imam Al Ghazali telah menggariskan beberapa adab yang harus pada para peniaga dan ahli korporat Islam.


  1. Janganlah membolot dan menindas perniagaan orang.
  2. Hendaklah jujur ketika menyukat. Janganlah mengurangkan sukatan atau timbangan.
  3. Ketika menimbang adalah digalakkan untuk melebihkan sedikit ataupun sukat secukupnya.
  4. Hendaklah menyukat degan cermat dan berhati-hati.
  5. Layanilah pembeli mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli seorang
    bangsawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika
    pembeli jiran , hendaklah dilebihkan.
  6. Harga jualan hendaklah berpatutan. Diingatkan bahawa pembeli akan bertambah sekiranya harga barang adalah berpatutan.
  7. Jangan sesekali membebankan orang bawahan sekiranya anda seorang pengarah.
  8. Jangan menolak permintaan dan tempahan seorang peminta dan jangan menghalang orang lain daripada mendapat perkhidmatan.
  9. Tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan.
  10. Selalu berusaha memperbaiki mutu barangan.
  11. Jika pembeli atau pelanggan berhutang dan ia tidak mampu membayar,
    lupuskan dengan menghalalkan kepadanya. Jika ia berhutang dan meninta
    tangguh untuk membayar keran kesuntukan wang, berikanlah ia masa. Jangan
    terlalu mendesak meminta hutang.
  12. Membeli alatan menyukat dengan orang yang jujur dan memastikan penyukat tersebut tidak rosak.
  13. Janganlah terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual
    sehingga mengelirukan pembeli dan berkata benarlah tentang barangan yang
    dijual.
  14. Jika ada kecacatan terhadap barangan. Beritahu kepada pembeli secara jujur dan jangan menyembunyikan kecacatan itu.
  15. Elakkan perasaan dengki ketika menaikkan harga barangan. Jangan
    naikkan harga barangan dengan terlalu tinggi lalu membebankan pembeli.
  16. Jauhilah berbohong ketika bercakap.
  17. Biarkan pembeli membuat keputusan untuk membeli barang, Jangan memaksa dan mempengaruhi pembeli.
  18. Kurangkan bergurau senda yang kurang baik dengan pembeli.
  19. Elakkan daripada bertengkar dengan pelanggan.
  20. Tunduklah pandangan daripada perkara yang haram.




0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails