Tuesday, 29 November 2011

Suka akulah... Kubur kita lain lain...Ngko sibuk apasal?

Tuesday, 29 November 2011


"Suka aku lah... engkau apa sibuk... kubur kita lain-lain"

Begitulah selalunya jawapan sesetengah dari kita bila ditegur tentang kesilapan kita. Tapi betulkah kita berhak berkata begitu. Betulkah semata-mata kerana kubur kita lain-lain, orang lain tidak berhak menegur kesalahan atau kejahilan kita? Cuba renungkan hadis di bawah:

Nu’man bin Bashir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah.
Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal.
Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”. ( Riwayat Bukhari dan At-Tirmidzi ).


Malangnya tuan-tuan, walaupun kubur kita asing-asing, kita masih tinggal di atas bumi yang sama. Kalau ada jiran yang suka buang sampah dalam longkang, yang merasa busuknya bukan sahaja orang yang membuang, tapi seluruh kejiranan. Kalau ada jiran-jiran yang malas solat, bila azab turun bukan kena pada yang bersalah sahaja, tapi seluruh masyarakat. Kalau ada anak-anak muda yang terjebak dengan dadah, yang jadi mangsa bukan mereka dan keluarga mereka sahaja, orang lain pun boleh terbabit sama. Kalau ada anak muda yang suka berdua-duaan, bila azab Allah menimpa, bukan kamu saja yang kena.

Sejak kebelakangan ni, banyak pula orang yang bercakap tentang hak asasi. Hinggakan golongan gay dan lesbian pun mahukan hak untuk "practice" kepercayaan mereka tanpa gangguan undang-undang. Mungkin alasan mereka, aku buat hal aku. Aku tak kacau ngko. Apa korang nak sibuk-sibuk? Tuan-tuan, mana boleh tuan-tuan kata tuan-tuan tak kacau kami. Bukan tak pernah aku dengar kisah budak-budak jambu yang diratah senior-senior. Itu pun tuan-tuan kata, aku tak kacau orang. Hak asasi amendenya.

Jadinya tuan-tuan, kita semua tinggal di atas kapal yang sama. Mana boleh tuan-tuan suka-suka lubangkan kapal bila tuan-tuan nak air. Bukan tuan-tuan aje yang karam. Kami pun karam. Jadinya KAMI BERHAK TEGUR TUAN-TUAN.

KALAU TAK NAK DENGAR NASIHAT KAMI BOLEH... TAPI SYARATNYA JANGAN TINGGAL SATU KAPAL DENGAN KAMI... PERGI CARI KAPAL LAIN... JANGAN TINGGAL ATAS BUMI... OKAY... DEAL!!!




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails