Saturday, 26 November 2011

Bagaimana nak kawal emosi (hati)?

Saturday, 26 November 2011

"Orang kata berzikir boleh
tenteramkan hati. Tapi berzikir kena dibuat dulu dalam keadaan tenang.
Kalau hati dah panas baru nak zikir... tak dapeklah nak tolong. Kirim
salam ajelah..."


Hidup manusia ni, boleh diumpakan seperti permainan bola sepak. Pemain-pemain bolasepak adalah hati (emosi) kita. Manakala jurulatih yang berada di luar padang adalah akal fikiran. Pemain-pemain dari pasukan lawan adalah nafsu dan syaitan yang nak mengalahkan hati kita. Manakala permainan bolasepak itu sendiri adalah situasi-situasi tertekan yang menjadi ujian kepada diri kita.

Dalam banyak kes situasi tegang permainan bolasepak, pemain-pemain (hati/emosi) tak mampu nak mendengar jeritan jurulatih (akal) yang berada di luar padang dek kebisingan dan tekanan semasa permainan. Kalau dengar pun, kadangkala tak mampu nak ikut dek sibuk dengan tekanan permainan. Cuma sesekali sahaja jeritan-jeritan jurulatih (akal) berjaya dipatuhi oleh pemain (hati). Pemain-pemain (hati) bergantung kepada kemahiran yang telah dipupuk di dalam latihan-latihan yang dilakukan lama sebelum perlawanan. Kalau tak cukup latihan, tak mantaplah kemahiran. Kalau tak mantap kemahiran, maka mudahlah pemain (hati) di tewaskan oleh lawan (nafsu & syaitan) di dalam pertandingan. Yang perlu kita faham ialah, dalam keadaan tertekan hampir mustahil untuk kawal emosi dengan akal. Sama macam jurulatih yang berada di luar padang. Suaranya hampir tak kedengaran.

Lama sebelum pertandingan, banyak latihan-latihan telah dilakukan sebagai persediaan. Semasa latihan, adalah mudah untuk pemain (hati) mendengar kata-kata jurulatih (akal). Sebab itulah Rasullullah (s.a.w) mengajar kita berbagai-bagai jenis latihan. Dari taklim, solat, zikir, quran, puasa, sedeqah, dakwah & tabligh... Semuanya adalah latihan kepada hati supaya mampu berhadapan dengan musuh-musuh di dalam tekanan. Orang kata berzikir boleh tenteramkan hati. Tapi berzikir kena dibuat dulu dalam keadaan tenang. Kalau hati dah panas baru nak zikir...tak dapeklah nak tolong. Kirim salam ajelah...

Latihan bolasepak pun ada dua jenis:
  • Latihan sendiri-sendiri untuk memantapkan kemahiran diri.
  • Latihan dalam kumpulan untuk memantapkan koordinasi dalam kumpulan.

Amal ibadat pun sama juga. Ada ibadat sendirian (infradi) dan ada ibadat berjemaah. Amal ibadat secara berjemaah ni sangat penting kalau nak kuatkan hati. Cuma imagine, satu pasukan bolasepak yang semua pemainnya cuma berlatih sendiri-sendiri tanpa melakukan latihan secara berkumpulan. Rasanya boleh menang tak bila berhadapan pasukan lawan? Silap-silap dengan pasukan Sekolah Rendah Telok Panglima Garang pun boleh kalah... Sebab tu sangat-sangat penting amalan berjemaah ni. 

Antara tips-tips latihan penting yang perlu dilakukan supaya boleh mengawal emosi ialah:

  • Nikmatilah solat 5 waktu. (Aku tak silap taip tau.. Bukan kerjakan solat 5 waktu, tapi nikmatilah solat 5 waktu. Macamana nak nikmatilah solat? Lain kalilah kita cerita bab tu... Panjang beb) Jangan lupa jemaah tau. Cuba buat kurang-kurang 2 waktu kat masjid, 2 waktu kat tempat kerja, 1 waktu berjemaah dengan keluarga.
  • Baca quran dengan pemahamam. Tak cukup baca Quran tanpa pemahaman. Rahmat quran akan jadi paling mantap bila diamalkan.
  • Amalkan zikir-zikir untuk bersihkan hati. Ni pun cerita lain kali lah... topik besar ni. Paling baik kalau lakukan latihan ni di tengah malam semasa tahajjud.
  • Ikut-ikutlah jemaah tabligh semasa gash (ziarah). Semasa berdakwah dengan cara berziarah kerana Allah, kita mungkin akan di pandang serong, dicerca, kadang-kadang dihalau.... semua ini penting untuk melatih hati membina sifat tawaduk, keberanian dan seribu macam lagi sifat-sifat hati.
  • Hidupkanlah taklim di rumah. Kalau boleh di masjid korang juga. Dalam majlis taklim, jangan lupa baca sirah Nabi (s.a.w) & para sahabat. Kisah hidup Nabi (s.a.w) dan para sahabat akan bagi kita berbagai-bagai case study yang boleh kita implement bila berhadapan dengan ujian hidup. Yang penting, bila baca / dengar taklim mestilah pasang niat untuk amal dan sampaikan. Amal sahaja tak cukup tau, mesti dengan niat nak sampaikan juga. Amal tanpa niat untuk disampaikan berkecenderungan untuk generate sifat riya'.

Moral of the story: Berlatihlah untuk menguatkan hati di dalam keadaan tenang. Barulah ada kekuatan mengawal emosi di dalam tekanan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails