Thursday, 25 August 2011

Kenali Sifat Takabur, Sombong atau Kibr (Kibir)

Thursday, 25 August 2011
Definasi:
Merasa diri besar atau lebih baik dari orang lain.

Petanda / alamat:
  1. Terkadang, jelas pada lidahnya. Contohnya berkata, "aku lebih baik dari dia" sebagaimana perkataan iblis apabila diperintahkan untuk tunduk kepada Adam a.s.
  2. Adakala nyata pada kedudukan. Contohnya ia meninggikan kedudukannya. Bila duduk, duduk ditempat yang tinggi dari orang lain.
  3. Tiada dia hendak mengikut kata orang, walau ternyata ia salah sekalipun.
  4. Bila ditegur ia marah.
  5. Bila menegur, ia menegur dengan keras.
Kata-kata penawar:
  1. Dan barangsiapa merasa dirinya tinggi dari orang yang lain, walau binatang sekalipun maka ketahuilah olehmu ada benih takabbur di dalam hatinya.
  2. Bahkan kemuliaan itu adalah sebenarnya milik orang yang terlebih takut kepada Allah s.w.t.
  3. Dan sayugia kamu anggapkan diri kamu itu lebih hina dari orang lain.
  4. Dan hendaklah kamu lihat seorang itu lebih mulia dari kamu.
  5. Dan apabila kamu melihat anak-anak, maka katalah olehmu, anak ini lebih baik dariku kerana ia tidak berdosa, sedangkan aku berdosa.
  6. Dan kalau melihat orang tua darimu, katalah olehmu bahawa orang itu lebih awal beribadat darimu. Maka tiada syak bahawa ia lebih mulia dari diriku.
  7. Dan bila kamu melihat kepada orang alim, maka katalah olehmu orang itu telah dikurniakan ilmu oleh Allah yang tiada padaku.
  8. Dan bila melihat orang jahil, maka katalah olehmu bahawa orang ini berbuat maksiat kerana jahil, sedangkan aku berbuat maksiat dengan berilmu. Maka mulia ia dari diriku. Dan tiadalah diketahui bagaimana ia akan dimatikan oleh Allah. Dan tidak diketahui pula bagaimana akan dimatikan aku oleh Allah.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails