Friday, 21 January 2011

Bagaimana membuang rasa iri hati?

Friday, 21 January 2011
Rasanya tak layak aku nak cakap topik ni.
Tapi aku rasa bertanggungjawab untuk share satu perkara.
Dulu-dulu, bila lihat orang lain lebih sikit dari aku, selalu aku rasa iri hati.
Bukan setakat rasa iri hati, tapi aku tak sedar pun aku tengah rasa iri hati.
Apa yang ada dalam hati, diikutkan aje perasaan tu...

Sekarang ni lain.
Bila tengok orang lain lebih dari aku, aku masih lagi rasa iri hati.
Tapi aku cepat tersedar bila aku rasa iri hati.
Dulu bila aku marah, aku susah sangat nak kawal perasaan.
Tapi sekarang, kalau marah pun, ada jugak "pause" nya...
Kenapa yek...
Aku rasakan, mungkin kerana kesan 2 jenis zikir.

Zikir pertama, aku belajar dari Darul Saka.
Zikir Allah 5000x sehari.
Tak lama pun, dalam 45 min aje.
Tak semestinya one session.

Zikir kedua, aku belajar dari Terapi Islam Al-Fatah (TIAF)
Ni zikir asas ni:
Laillahaillallah 100x sehari
Istigfar 100x sehari
Selawat 100x sehari
Ni lagi cepat, dalam 20 min aje..

Masa korang zikir tu, kadang-kadang mungkin korang tak rasa nikmatnya.
Biasalah tu, mula-mula mana nak rasa... dah lama barulah faham...
Aku sampai sekarang pun tak faham-faham lagi ... he he he
Tapi yang penting kita buat aje...
Lama-lama, mesti korang cepat tersedar bila ada fikiran jahat masuk dalam hati.
Buat, jangan tak buat tau...





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails