Saturday, 7 November 2009

Jom Atasi Tekanan: Nikmati Hari Cuti Anda

Saturday, 7 November 2009
Ramai di antara kita cuma ada satu hari cuti sahaja seminggu. Ada juga yang malang terpaksa kerja 7 hari seminggu. Saya pun dulu pernah kerja 7 hari seminggu. Cumanya hari Ahad tak perlu kerja syif. Boleh balik pukul 5.

Satu perkara paling bodoh pernah saya lakukan pada masa dahulu, ialah risau tentang kerja hari Isnin semasa sedang cuti hari Ahad. Sudahlah cuti sedikit, cuti yang ada itu pun dihabiskan dengan rasa risau. Kan ke rugi tu? Sekarang saya tak pernah nak risau tentang kerja lagi pada hari cuti. Apa nak jadi esok, itu urusan Allah. Kalau kita nikmati hari cuti sebaik-baiknya, kita sebenarnya akan lebih bertenaga apabila kembali ke tempat kerja. Lebih banyak tugas dapat diselesaikan apabila kita lebih bertenaga, daripada risau pada hari cuti dan datang dalam keadaan yang tidak puas rehatnya.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails