Saturday, 7 November 2009

Jom Atasi Tekanan: Jangan tergesa-gesa

Saturday, 7 November 2009
Saya letakkan target untuk keluar rumah pukul 7:30 pagi setiap hari, supaya boleh tiba di office sebelum pukul 8:30 pagi. Dulu, bila saya terlambat contohnya pukul 7:40 pagi, mulalah saya kelam kabut. Keluar tergesa-gesa, tak sempat nak cium anak-anak. Bawa kereta pun kelam kabut. Bila ada kereta di hadapan yang bawa slow, mulalah rasa tension.

Kemudian saya terbaca sebuah hadis yang melarang dari berlari-lari atau tergesa-gesa mengejar solat berjemaah yang sedang dijalankan. Nabi menyuruh kita tidak tergesa-gesa, tetapi lakukanlah apa yang mampu kita lakukan bersama imam, dan teruskanlah apa yang tidak dapat dilakukan bersama-sama dengan imam kemudiannya.

Apabila di dalam urusan solat yang paling penting pun kita tidak dibenarkan untuk tergesa-gesa, apatah lagi untuk urusan-urusan dunia yang fana ini. Sebenarnya bila kita sampai ke tempat kerja dengan keadaan tergesa-gesa, bukan sahaja kita tertekan, tetapi tidak banyak kerja yang dapat diselesaikan dengan sempurna. Silap-silap dalam keadaan tertekan itu, ada pulak rakan sekerja yang akan kena "siren" dengan kita. Oleh itu adalah lebih bijak untuk tidak tergesa-gesa, walaupun mungkin sampai lambat sedikit, supaya hari kita lebih ceria dan effektif.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails