Saturday, 10 October 2009

Tips Kejayaan: 7 Sebab Untuk Kurangkan Menonton TV

Saturday, 10 October 2009
Ini cuma peringatan untuk diri saya sendiri sahaja.

1. TV menyebabkan kita menjadi negatif.
Cuma fikir dengan waras. Apakah tema di dalam kebanyakan drama-drama yang ditayangkan di TV. Bukankah dendam, benci, tamak, dengki, putus cinta, putus harapan, ego, main kayu tiga dan lain-lain lagi. Tak ke kalau ditonton hari demi hari, tak banyak sedikit mesti unsur-unsur ini boleh masuk ke dalam hati?

Tak dinafikan banyak rancangan yang baik juga, tapi berapa peratus rancangan baik berbanding rancangan yang negatif? Oleh itu baiklah kita kurang-kurangkan. Kata orang Jepun, hodo-hodo de ne...

2. TV menghilangkan kemanisan iman.
Dulu-dulu time rajin ikut tabligh, pernah dengar satu hadis. Tak ingat sangat, tapi maksudnya lebih kurang sesiapa yang menjaga pandangannya akan diberi kemanisan iman. Cuba tanya diri kita sendiri dan jawab dengan jujur. Berapa banyak pandangan yang diharamkan ada di dalam TV. Berapa peratus pula yang kita berjaya tepis. Tak kira untuk lelaki atau perempuan. Dua-dua sama aje. Kalau imanlah yang jadi taruhannya, baiklah kita kurang-kurangkan. Tak berbaloi nak dikorbankan iman kita tu.

3. TV adalah antara sebab kita solat akhir waktu.
Selalu jadi ni. Waktu solat dah masuk, tapi ada cerita best. Ahh nantilah dulu tunggu cerita habis baru solat. Ada pula yang curi masa time commercial break untuk solat. Aduh... kalau TV sudah lebih besar dari solat dalam hati kita, tak heranlah keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi.

4. TV menyebabkan kita menjadi penakut.
Yang budak-budak takut nak pi bilik air tiap-tiap malam Jumaat. Pasal malam jumaat lah time depa tayang cerita hantu. Macam-macam. Keliwon la... Jangan pandang belakangla... bilik 13 la... ntah apa-apa lagi.

Yang dewasa jadi takut sebelum tidur. Asal bunyi sikit dok ambik kayu hoki. Mana taknya. Banyak sangat tengok rancangan 999. Setiap masa terasa macam ada orang nak pecah rumah. Kalau ambil tindakan yang proaktif tu tak apa lah. Pasang alarm ke, baiki kunci ke, baca doa pendinding ke. Tapi kalau tak buat apa-apa risau aje yang lebih, nanti malam tidur tak lena. Time kerja esok tersengguk-sengguk.

5. TV menghalang kita dari membaca Al-Quran.
Siang hari kerja tungkus lumus. Sampai rumah pukul 10 malam. Lepas makan tengok TV. By the time nak baca Quran, mata dah kuyu. Pujuk hati, kata nanti time tahajjud lah baca Quran. Last-last tahajjud bangun hujung waktu. Habis aje solat witir, baru nak pegang Quran dah masuk azan Subuh. Aiseh...

6. TV mengurangkan masa bersama-sama anak isteri.

Siang hari kerja tungkus lumus. Sampai rumah pukul 10 malam. Lepas makan tengok TV. Wife ingat ada benda nak bincang. Tengok kita tengah hilangkan penat sambil tengok TV, langsung tak jadi nak sembang. Hujung-hujung langsung lupa nak sembang.

7. Tidak menonton TV menyebabkan saya mendapat keputusan SPM yang cemerlang.
Tahun 1991, TV kat rumah rosak. Time tu abah & mama bukan orang senang. Tak mampu nak ganti TV baru. Tapi hasilnya berjayalah saya dalam SPM dengan cemerlang dan dapatlah masuk Ambang Asuhan Jepun di Universiti Malaya. Kalau tidak, tak taulah apa jadi pada saya sekarang.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails